top of page

PM adakan lawatan rasmi ke Filipina hari ini



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan ke Filipina untuk lawatan kerja dua hari bermula hari ini.


Pada lawatan rasmi itu Perdana Menteri dijangka akan bertemu Presiden Filipina Ferdinand R. Marco bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan kerjasama dua hala seperti kerjasama keselamatan, pertanian dan industri halal serta ekonomi digital.


Wisma Putra dalam kenyataannya pada Selasa menyatakan kedua-dua pemimpin juga akan membincangkan isu serantau serta antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.


"Lawatan ini mencerminkan hubungan akrab antara Malaysia dan Filipina selaku jiran rapat serta negara anggota ASEAN.


"Ia juga akan memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk memperkasa jaringan kerjasama dua hala bertunjangkan kepentingan bersama, peningkatan kerjasama ekonomi dan politik serta jalinan antara rakyat," menurut kenyataan itu.


Untuk rekod, ia lawatan pertama Anwar ke republik itu sejak menyandang jawatan Perdana Menteri Malaysia ke-10.


Filipina adalah rakan dagangan ke-15 terbesar Malaysia dan ke-5 terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN.


Nilai dagangan Malaysia dengan Filipina meningkat sebanyak 20.1 peratus tahun lalu, iaitu RM41.45 bilion (AS$9.42 bilion) berbanding jumlah dagangan pada 2021.


Sebelum ini Pengerusi Pakatan Harapan itu telah mengadakan lawatan rasmi ke negara jiran lain antaranya Indonesia, Brunei, Singapura dan Thailand dan semua kunjungan itu memberi kesan positif dari segi hubungan dan pelaburan.


Pada lawatan ke Filipina kali ini, Perdana Menteri akan diiringi isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Menteri Dalam Negeri Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick, serta para pegawai kementerian dan agensi yang berkaitan.


Selain bertemu presiden, Anwar juga dijadualkan mengadakan pertemuan dengan diaspora Malaysia di Filipina.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page