PM ada kuasa nasihat Agong tamatkan perkhidmatan Azam Baki - AMK



Kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki hari ini bahawa beliau tidak akan berundur daripada jawatan disandang dan tiada mana-mana pihak boleh manamatkan tugasnya selain daripada Yang di-Pertuan Agong mungkin tidak sepenuhnya tepat.


Bagi Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Akmal Nasir, jelas dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, Seksyen 5, (3) perkhidmatan Ketua Pesuruhjaya bergantung kepada nasihat yang diberikan Perdana Menteri (PM) kepada Agong.


"Berdasarkan Akta SPRM 2009, Seksyen 5, (3), Ketua Pesuruhjaya hendaklah dalam tempoh pelantikannya sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya, memegang jawatan selama diperkenankan oleh YDPA, tertakluk kepada nasihat Perdana Menteri.


"Ini bermakna, sebarang keputusan memecat atau merehatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM boleh dimulakan oleh Perdana Menteri seperti mana berpandukan undang-undang sedia ada hari ini.


"Kerana itu AMK berpendirian seperti yang dinyatakan ketika ‘Konvoi Selamatkan SPRM’ di Putrajaya kelmarin bahawa PM seharusnya lebih berani untuk mempertahankan integriti," katanya dalam kenyataan hari ini.


Oleh itu, AMK menuntut PM Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertindak pantas menyelesaikan kemelut yang melanda SPRM dan meminda undang undang meletakkan SPRM langsung di bawah kuasa Parlimen sebagaimana tujuan suruhanjaya itu diwujudkan sedekad lalu.


"Beliau (PM) sepatutnya menyelesaikan kemelut ini dengan segera dan seterusnya membuat pindaan undang-undang agar perlantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM perlu melalui proses Parlimen.


"Keengganan kerajaan untuk bertindak dan sebaliknya cuba menegakkan benang yang basah hanya akan terus melemahkan institusi SPRM serta membawa negara ke kancah ‘darurat integriti’ yang lebih mendalam," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER