top of page

PM 10 dijangka lepasi Undi Percaya 19 Disember



Perdana Menteri Malaysia ke 10 Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan melepasi Undi Percaya yang akan diadakan Dewan Rakyat pada 19 Disember ini.


Ahli Parlimen Segamat, R Yuneswaran berkata, blok kerajaan yang mempunyai 149 kerusi dijangka tidak mempunyai masalah untuk mengumpul angka majoriti mudah 112 dan berkemungkinan besar akan mendapat jumlah berdasarkan Ahli Parlimen yang menyokong Kerajaan Perpaduan ketika ini.


"Sudah pasti tiada masalah. Blok kerajaan terdiri daripada 149 kerusi dan kali ini tiada ahli boleh mengundi secara individu.


"Usul ini (Undi Percaya) dibuat bagi menghentikan tohmahan bahawa Anwar memimpin tanpa sokongan," katanya dipetik.


Kekuatan blok kerajaan akan lebih padu kerana menurut maklumat dalaman, perjanjian kerjasama antara parti parti komponen akan ditandatangani dalam masa terdekat.


Di atas kertas, sokongan ke atas PM Anwar sebanyak 2/3 daripada jumlah anggota parlimen, malah cukup untuk meluluskan pindaan Perlembagaan sekali pun.


Dengan jumlah itu, Yunes yakin pentadbiran Anwar Ibrahim akan memimpin negara sepenggal penuh berbanding pentadbiran Tan Sri Mahiaddin Yassin atau Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini yang tidak melepasi 20 bulan.


"Kesemua Ahli Parlimen kerajaan mempunyai motif yang sama (mempertahankan pemerintahan),” kata beliau lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page