top of page

Platform Pemudah akan ditingkatkan, percepat laksana perniagaan

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Feb 10, 2023
  • 2 min read



Platform Pemudah yang diwujudkan sejak belasan tahun lalu akan ditingkatkan keberkesanannya untuk memudahkan urusan menjalankan perniagaan di Malaysia.


Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli berkata selain platform itu dialog antara kerajaan dan sektor perniagaan sebagaimana yang berlaku hari ini juga akan diadakan secara berkala untuk kerajaan menerangkan dasar dan pemain industri menyampaikan sebarang masalah mereka.


"Saya maklumkan kepada wakil industri bahawa pentadbiran ini akan memulihkan kembali platform Pemudah antara pihak kerajaan dan swasta untuk menyelesaikan proses dan prosedur di peringkat kerajaan untuk mempercepatkan urusan perniagaan dan industri.


"Platform ini (telah wujud) 16 tahun lepas, pada mula kesan baik dan selepas itu agak perlahan. Dengan platform ini yang dipengerusikan saya sebagai Menteri Ekonomi, KSU mewakili kerajaan maka diharap dapat mempercepatkan lagi usaha kita menjadikan Malaysia negara mesra perniagaan. Kerana kebolehsaingan amat penting kepada pelabur dan sektor perniagaan," katanya dalam sidang media selepas Dialog Strategik Bersama Yang Berhormat Menteri Ekonomi: "Pemerkasaan Industri Untuk Memacu Pertumbuhan Ekonomi Dalam Era Revolusi Perindustrian Keempat" di Malaysia International Trade and Exhibition Centre, tengah hari tadi.


Mengenai hubungan dagang dengan China, ekonomi terbesar di Asia sebagaimana ditanya pemberita, Rafizi berkata Malaysia yang merupakan negara dagang akan meningkatkan lagi hubungan bersama gergasi ekonomi kedua besar di dunia itu.


Katanya, jangkaan ekonomi dunia akan meleset pada waktu akan datang amat memerlukan China mencatat pertumbuhan dan negara seperti Malaysia boleh memasarkan produk ke pasaran terbesar di dunia itu bagi mengurangkan kesan kemelesetan.


"Malaysia negara perdagangan, hasilkan pelbagai produk. China adalah pasaran terbesar di dunia. Kita ada rantaian bekalan kepada pasaran China.


"Kita akan tingkatkan kerjasama dalam lapangan yang mana teknologi adalah kuncinya, dan China lebih maju dalam misalnya teknologi kenderaan elektrik, tenaga boleh diperbaharui dan lain lain.


"China juga boleh meneruskan perdagangan sedia ada seperti pembelian minyak sawit dan sebagainya.


"(Kesimpulannya) jika (ekonomi) China tubuh dalam kemelesetan maka tempiasnya akan beri kebaikan," katanya lagi.


Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page