top of page

PKPS Selangor tawar sayur sayuran harga rendah

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Nov 26, 2021
  • 2 min read


Susulan kenaikan mendadak harga sayur-sayuran di pasaran, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memberi jaminan bahawa harga jualan produk sayur sayuran syarikat kerajaan negeri itu akan terus berada pada harga rendah dan berpatutan.


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS, Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi berkata, PKPS juga akan terus melancarkan kempen jualan mega jimat untuk memastikan rakyat Selangor terus mendapat akses kepada sayuran berkualiti pada harga rendah.


"Sebagai contoh sayur pak choy yang dijual pada harga RM9 sekilo di pasaran kami akan jual dengan harga RM3.50 per kg manakala kacang buncis dijual pada harga RM15 per kg di pasaran, kami akan jual pada harga RM6 per kg.


"Di PKPS kami mempunyai mekanisme kawalan harga sendiri memandangkan ladang kami Selangor Fruit Valley di Bestari Jaya turut mengeluarkan hasil sayuran sendiri,” katanya.


Pelbagai jenis sayur sayuran yang dijual PKPS antaranya sawi hijau, brokoli, cili merah, cili hijau, kangkung, bayam merah, terung, timun dan sebagainya.

Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi

Dr Mohamad Khairil berkata, lokasi dan kaedah jualan akan dikongsi di laman Facebook dan Instagram PKPS.


"Bagi menyahut saranan dan aspirasi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, PKPS sebagai peneraju Inisiatif Jaminan Bekalan Negeri, maka kami akan terus memikirkan kaedah membantu rakyat Selangor lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil.


"Ketika keperluan mendesak seperti inilah peranan PKPS amat penting. Jangan risau, InsyaAllah PKPS ada,” katanya.


Menurut beliau lagi, kempen jualan mega jimat itu juga merupakan sebahagian daripada promosi memperkenalkan jenama komersil PKPS, iaitu Ehsan kepada orang ramai.


Selain itu, katanya lagi, Pasar Borong Selangor di Seri Kembangan turut mengadakan sesi jualan sayuran murah menerusi aplikasi dalam talian mypasarborong.com dalam masa terdekat sebagai alternatif kepada pembeli yang mahu kemudahan penghantaran ke rumah.


Sebarang maklumat lanjut mengenai jualan sayuran murah ini boleh hubungi talian 019-316 2400 pada waktu pejabat.





Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page