top of page

PKPD: Halang ahli parlimen jalan tugas tambah derita penduduk

Tindakan kerajaan Perikatan Nasional menghalang Ahli Parlimen Batu menjalankan tugas dan tidak memaklumkan terlebih dahulu situasi kawasan Pasar Borong Selayang dan pangsapuri Sri Murni dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) amat dikesalkan.


PKPD: Halang ahli parlimen jalan tugas tambah derita penduduk

Menurut Ahli Parlimen termuda KEADILAN, P. Prabakaran, menghalang beliau daripada bertugas dan menghadiri mesyuarat berkenaan PKPD tidak menyelesaikan masalah penduduk yang menderita terputus bekalan makanan serta sering menghubungi beliau bagi mendapatkan bantuan.


"Kerajaan perlu beritahu sedikit (perkembangan semasa) kepada Ahli Parlimen. Ahli Parlimen menjaga kawasan. Penduduk akan panggil Ahli Parlimen untuk dapatkan bantuan. Bila Ahli Parlimen tidak tahu apa yang berlaku macam mana nak jawab. Tak mungkin saya jawab, saya pun tak tahu.


"Tanggungjawab saya menjawab rakyat. Saya rasa kecewa dengan perkembangan ini. Sedikit maklumat pun sudah cukup," katanya kepada Suara Keadilan.

Prabakaran turut kesal dengan tuduhan kononnya beliau meninggikan suara ketika Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Dr Santhara Kumar sedang bermesyuarat, sehingga dihalau keluar. Sedangkan kehadirannya dalam bilik taklimat tersebut melalui beberapa pintu yang dikawal polis dan beliau dibenarkan masuk.


"Pihak polis tidak beritahu saya (tidak dibenar masuk), MKN ada disitu tidak beritahu, tetapi saya dihalau secara kasar. Itu yang saya kecewa.


"Masa itu saya mahu bangkitkan beberapa isu. Saya ingin beri cadangan agar Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) bersiap sedia 24 jam, wujudkan hotline (untuk penduduk mengadu masalah) juga memastikan Rela berada di bawah flat bagi pengagihan barang-barang keperluan," katanya.


Praba turut kecewa dengan alasan JKM yang tidak cukup anggota untuk menghantar barang keperluan sedangkan PKPD masuk hari ketiga, ketika petugas Parlimen dan NGO tidak dibenarkan membantu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page