top of page

PKPD di kawasan Pandan Indah: Bantuan makanan akan disegerakan - Dr Wan Azizah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 18, 2021
  • 2 min read

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Flat Merpati (A), Jalan Pandan Indah sentiasa dipantau perkembanganya.


Menurut Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, PKPD untuk menangani wabak Covid 19 akan diikuti rapat oleh beliau terutama dalam misi bantuan makanan kepada penduduk.


"Saya menasihati penduduk supaya patuh kepada perintah PKPD dan mematuhi segala SOP supaya penduduk yang telah dijangkiti boleh dirawat segera dan dikuarantin manakala penduduk yang sihat akan diberi suntikan vaksin pada kadar segera.


"Penduduk Flat Merpati (A) tidak perlu bimbang dari segi kebajikan mereka khasnya mendapatkan bekalan makanan. Ini kerana Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pandan sedang bekerjasama rapat dengan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Pandan Indah bagi memastikan bekalan makanan sampai kepada penduduk dalam tempoh 48 jam, seperti yang telah dijamin oleh Datuk Menteri Besar Selangor," katanya dalam kenyataan hari ini.


Dalam pada itu, Dr Wan Azizah juga menyarankan agar Kerajaan Negeri dan Kementerian Kesihatan Malaysia menyegerakan suntikan vaksin bagi penduduk kawasan berkenan.


"Pihak KKM dan Kerajaan Negeri Selangor perlu merangka strategi bersesuaian bagi memastikan semua penduduk di Parlimen Pandan diberi suntikan vaksin termasuklah kepada pendatang dan warga asing.


"Ini kerana langkah kita untuk mencegah wabak Covid -19 daripada terus merebak menjadi lemah sekiranya warga dan pendatang asing tidak divaksin.


"Jika rakyat tempatan sahaja yang disuntik tetapi warga dan pendatang asing tidak diberikan vaksin, maka wabak ini masih boleh terus merebak bukan sahaja dalam kalangan mereka malah kalangan penduduk tempatan. Diharap agar KKM dan Kerajaan Negeri Selangor segera melaksanakan inisiatif bagi memastikan wabak Covid-19 dapat dibendung pada kadar segera," katanya lagi.


Selain itu, Dr Wan Azizah turut merakamkan penghargaan yang amat tinggi kepada barisan hadapan yang terdiri daripada kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pihak pasukan keselamatan Polis dan Tentera, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Jabatan Penerangan Malaysia, pasukan sukarelawan dan semua pihak yang terlibat, bagi memastikan wabak Covid-19 di kawasan Pandan dapat dikawal segera supaya tidak merebak dengan lebih meluas




Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page