top of page

AMK Batu Pahat gesa kerajaan kaji semula PKPB di kawasan kurang Covid 19

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Nov 17, 2020
1 min read


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Batu Pahat menggesa kerajaan Perikatan Nasional mempertimbangkan semula kawasan-kawasan yang tidak teruk dilanda wabak Covid 19 agar tidak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)


Menurut kenyataan AMK Batu Pahat, PKPB telah menjejaskan banyak peniagaan makanan yang baru pulih daripada PKP Mac - Mei lalu dengan waktu kebenaran beroperasi sehingga pukul 10.00 malam.


"Tinjauan AMK Batu Pahat di sekitar bandar Batu Pahat melihat ramai peniaga yang terpaksa menutup awal perniagaan mereka terutamanya warung dan restoran.


"Ini sudah tentunya menggusarkan para peniaga yang terpaksa bergelut dengan masalah ekonomi terutamanya pasca PKP.


"SOP yang menghadkan waktu perniagaan sehingga 10 malam memberi kesan kepada peniaga kerana jumlah pelanggan yang berkurangan dengan drastik


"Kerajaan seharusnya mendengar keluhan rakyat, bukan dengan sewenang-wenangnya membuat SOP yang jelas memburukkan lagi ekonomi peniaga tempatan," kata AMK Batu Pahat.


Sehubungan itu, AMK mendesak penilaian semula dibuat terutama di negeri Johor yang tidak parah diserang wabak Covid 19.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page