top of page

PKPB: 'Apa salah runding dengan negeri, jangan jadi Donald Trump' - Anwar


Amaran Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali bahawa syarikat swasta boleh menyaman Kerajaan Negeri yang enggan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tidak wajar dikeluarkan dalam sebuah negara demokrasi yang matang. Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Menteri Kanan tidak sepatutnya mendahulukan kepentingan sektor korporat atau industri berbanding kesihatan dan keselamatan rakyat. "Menteri ini mewakili siapa, korporat, pihak industri? Negeri-negeri dalam sistem Persekutuan ada kuasa. Menteri Besar (MB), Ketua Menteri (KM) nak buat langkah (berjaga-jaga) ada kuasa di majlis perbandaran peringkat negeri. "Apa salah runding? Berunding dengan mereka kalau mereka mahu tangguhkan (membuka sektor ekonomi). Takkan ada MB dan KM tidak peduli masalah pengangguran dan masalah pekerjaan rakyat. (Dalam masa sama) mereka fikir juga masalah kesihatan dan keselamatan," kata Anwar dalam siaran Facebook live menjawab soalan netizen, tengah hari tadi. Biar pun Ahli Parlimen Port Dickson itu tidak menyebut bekas sekutunya Azmin, namun jelas isu berkenaan berkisar kenyataan Menteri Kanan itu semalam yang mengarahkan semua negeri mengikut keputusan Kerajaan Persekutuan. Anwar menyelar ugutan digunakan untuk menyelesaikan masalah membuka semula sektor ekonomi. Tegasnya, masalah ekonomi akibat wabak Covid 19 harus diselesaikan melalui perundingan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, bukannya secara sehala. "Tetapi bila tak setuju, macam sekarang. Lapan negeri tak setuju dengan Kerajaan Persekutuan, ugut. Bukan sahaja ugut suruh syarikat saman kerajaan. "Saya tak faham. Adakah ini melambangkan angkuh? Takabur? Anggap pandangan dia yang terbaik? Sepatutnya panggillah (MB dan KM). Ini masalah negara. Nak menjana pertumbuhan ekonomi. "Thailand dalam hal ini lebih teratur. Peringkat demi peringkat (buka ekonomi). Kita (di Malaysia) minta industri saman Kerajaan Negeri. Ini mengingatkan saya cara presiden Amerika Syarikat, (Donald) Trump. Mungkin belajar dari Trump. Ugut sapa gabenor tidak ikut dia, diambil tindakan. Saman gabenor," katanya sinis. Kerajaan Perikatan Nasional menerima tamparan hebat apabila 8 daripada 14 negeri di Malaysia enggan melaksanakan sepenuhnya PKPB dan masih mengekalkan PKP kepada sektor tertentu. Manakala sekutu PN, para pemimpin Umno sejak semalam mengkritik hebat Azmin yang gagal mencapai kata sepakat dengan negeri-negeri melonggarkan PKP. Pemimpin Umno menyifatkan apa yang berlaku sebagai 'tidak pernah terjadi dalam sejarah Malaysia'.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page