top of page

PKP total: Sudah setahun pengalaman, SOP masih bertukar-tukar?


Meskipun kerajaan Perikatan Nasional (PN), sudah mempunyai pengalaman mengendalikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) total atau lockdown sebelum ini, namun sehingga hari ini mereka masih 'kelam kabut' dalam melaksanakannya.


Naib Presiden KEADILAN, Chang Lih Kang berkata, ini kerana kebanyakan rakyat termasuk penguatkuasa keliru dengan pengumuman kerajaan yang sering bertukar-tukar.


Menurutnya, keadaan itu jelas membuktikan kerajaan PN tidak mampu mengendalikan Prosedur Standard Operasi (SOP) Covid 19 sehingga menjejaskan kesejahteraan rakyat dan negara.


"Ini bukan kali pertama kita laksanakan lockdown dan kita ada pengalaman dengan Covid-19 lebih daripada satu tahun.


"Rakyat sudah bagi lebih setahun untuk PN buktikan kebolehan mereka, tetapi jelas mereka telah gagal dalam pengurusan wabak ini. Sebab kalau lockdown ini berjaya, kita tidak perlu menghadapi lockdown lagi, kita boleh bersabar.


"Kalau lockdown ini terlalu longgar dan tidak membantu dalam mengurangkan kes-kes Covid, pengorbanan rakyat akan disia-siakan," katanya kepada Suara Keadilan.


Terdahulu kerajaan PN berpengalaman melaksanakan PKP 1.0 pada 18 Mac sehingga 3 Mei 2020 bagi mengekang penularan wabak Covid-19.


Dalam pada itu, menyentuh mengenai pengumuman bantuan lanjutan moratarium pula Lih Kang berkata, moratorium pinjaman wajib diberikan untuk sekurang-kurangnya tiga bulan.


"PKP 1.0 masa tu kita tidak terkesan macam sekarang (kemelesetan ekonomi) tetapi kerajaan bagi moratorium pinjaman. Sekarang kita diseksa oleh tekanan ekonomi yang jauh lebih teruk daripada tahun lepas. Maka, moratorium pinjaman adalah wajib," katanya.


Manakala menyentuh mengenai pengumuman kerajaan berhubung Bantuan Sara Hidup (BPR) tambahan RM 500 bagi pendapatan bawah RM2,000 dan RM300 bagi pendapatan bawah RM5000, Ahli Parlimen Tanjung Malim itu berkata, bantuan sekecil itu memang tidak cukup buat rakyat mengharungi situasi kekurangan pendapatan dan kenaikan harga barang.


"Namun hal utama adalah sama ada lockdown kali ini boleh selesaikan masalah penularan wabak Covid atau tidak? jika tidak pengorbanan kita semua akan sia-sia," tegasnya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page