top of page

PKP terpaksa dibuat kerana kerajaan gagal, bukan satu kejayaan



Dr Lee Boon Chye menempelak kenyataan Wan Saiful Wan Jan berhubung pelaksanaan PKP penuh.


Bekas timbalan menteri kesihatan itu berkata, pemimpin politik tidak seharusnya menganggap pelaksanaan PKP sebagai kejayaan tanpa mengambil kira penderitaan jutaan isi rumah yang kehilangan sumber pendapatan mereka dalam tempoh ini.


Beliau berkata, keperluan untuk PKP dilaksanakan berulang kali di seluruh negara adalah kerana kegagalan langkah kesihatan awam, iaitu pengesanan kontak, ujian massa dan mengenal pasti serta pengasingan kes.


“Kos PKP di seluruh negara dianggarkan sehingga RM 1.5 bilion setiap hari. PKP adalah jalan terakhir apabila langkah kesihatan awam yang lebih bersasar gagal. PKP adalah akibat kegagalan, bukan kejayaan,” katanya.


Terdahulu, Wan Saiful berkata, PKP menunjukkan hasil positif dan penurunan kes Covid-19 menafikan segala tuduhan yang dilemparkan seolah-olah kerajaan tidak mempunyai rancangan yang terperinci.


Bagaimanapun Dr Lee berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih gagal membendung virus yang menyebabkan Covid-19, walaupun berjaya pada awalnya semasa PKP 1.0


Katanya, antara kegagalannya adalah gagal membina keupayaan pengesanan kontak.


“Sekiranya setiap kontak rapat dapat dikenal pasti, diuji dan diasingkan dalam 48 jam, setiap kes penularan wabak dapat dibendung. Virus Covid-19 tidak muncul secara tiba-tiba dan setiap kes baharu mesti dijangkiti daripada orang lain,” katanya.


Dr Lee juga berpandangan, antara kelemahan pelaksanaan PKP adalah seperti kegagalan melaksanakan SOP yang jelas dan konsisten.


Katanya, kerajaan gagal mencegah kes import setelah kejayaan PKP 1.0, selain kadar vaksinasi yang perlahan.


“Salah satu aspek penting ialah kegagalan kepemimpinan. Kita menghadapi krisis yang belum pernah terjadi sebelumnya, iaitu krisis kesihatan dan juga krisis sosio ekonomi.


“Negara sedang berperang dengan virus! Pada masa perang, segala sumber yang sedia ada seharusnya dialihkan untuk menghadapi perang, iaitu untuk melawan wabak,” katanya.


Katanya, Jemaah Menteri tidak boleh berfungsi seolah-olah “keadaan seperti biasa” dan semua jabatan yang kurang relevan semasa pandemik seharusnya disusun semula dan sumber tambahan (tenaga kerja dan peruntukan) dialihkan ke Kementerian Kesihatan (KKM), selain membantu program vaksinasi.


“Akhirnya saya menganggap ‘budaya membodek’ harus dihentikan. Jangan sibuk ‘membodek’ sedangkan 3,460 nyawa telah terkorban dan puluhan juta rakyat dalam kesusahan,” katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page