top of page

PKP: 'Rakyat hilang kerja, pemimpin PN mewah kerja'


Perlaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) sejak Mac lalu menyebabkan ratusan ribu rakyat Malaysia hilang pekerjaan. Sejak Mac, Jabatan Perangkaan Malaysia menyatakan kira-kira 600,000 rakyat Malaysia menganggur. Kadar tertinggi dalam 10 tahun. Lebih menakutkan lagi, Persekutuan Majikan Majikan Malaysia (MEF) menganggarkan jumlah itu akan meningkat ke angka 1 juta orang. Bagi Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi bin Nik Ahmad, anehnya kehilangan pekerjaan ini seolah-olah hanya bagi rakyat biasa. Sedangkan, katanya, pemimpin kerajaan Perikatan Nasional (PN) bermewah-mewah dengan pekerjaan. Malah wakil rakyat PN yang tidak menjadi menteri pun diberikan jawatan lumayan sebagai pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC). "Dulu kecoh bila rakyat merungut terpaksa melakukan dua kerja, Ahmad Maslan jawab dia ada tiga kerja: Ahli Parlimen, Timbalan Menteri dan Ketua Bahagian Umno. "Sekarang nampak gayanya, ramai YB Perikatan Nasional dah ada dua kerja. Ketika rakyat hidup dalam kesusahan lebih 80 Ahli Parlimen PN melakukan 'dua kerja'. Sebahagiannya ada rekod yang tidak cantik. Kes rasuah. Kes politik wang," sinis beliau dalam hantaran di Facebooknya. Menurut Nik Nazmi, pemimpin PN perlu insaf nasib rakyat yang tidak cukup pendapatan. Juga 2.8 juta yang bekerja sebagai petani, nelayan, penjaja atau bekerja sendiri dan sangat terjejas kehidupan mereka. Tegas beliau, seharusnya pemimpin PN tidak berebut jawatan kerana rakyat akan muak. Lebih muak lagi jika mengetahui elaun berpuluh-puluh ribu ringgit sebulan yang diperolehi para pemimpin itu. "Setiap Ahli Parlimen terima gaji sebulan RM16,000 dan elaun sebulan RM8,300. "Kalau jadi Menteri, selain gaji dan elaun Ahli Parlimen mereka terima anggaran gaji Menteri RM13,000 (tak termasuk elaun). "Elaun di GLC berbeza-beza. Antara yang paling gembira tentulah Pengerusi TNB baru yang akan masuk pejabat esok, Mahdzir Khalid. Tahun lepas, Pengerusi TNB menerima bayaran elaun dan lain-lain berjumlah RM876,790.57 (setahun). Jadi pendapatan Mahdzir setahun akan mencecah RM1 juta! "Mungkin elok disenaraikan satu demi satu 80 Ahli Parlimen ini termasuk kelulusan mereka serta gaji dan elaun yang akan diterima. Sekurang-kurangnya biar pengundi mereka tahu," katanya lagi.

0 comments

Kommentarer


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page