top of page

PKP 3.0: PM Muhyiddin guna modal lama untuk dapat hasil berlainan?


Pengumuman Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ke seluruh negara dikritik banyak pihak.


Menurut ADUN Suka Menanti, Datuk Zamri Yusuf, Muhyiddin hanya menggunakan modal lama PKP untuk mendapatkan hasil berbeza kali ini.


"Saya perhatikan, pengumuman PM tidak menyentuh kaitan penularan dengan pendekatan PKP siri ke 2.0 atau 3.0 untuk mengekangnya.


"Malah, tindakan drastik dan radikal dengan menutup segala pergerakan selama 4 minggu, tanpa dijelaskan sasaran yang mampu dicapai di akhir PKP terbaru ini .


"Jika jumlah kes harian sekitar 2,000 ketika umum PKP lalu, dan kini kes harian sekitar 3,000, adakah tindakan drastik ini bakal menjadikan kes harian turun kepada 2 angka?" katanya dalam kenyataan hari ini.


Bagaimanapun, menurut bekas Exco Kedah itu lagi, rakyat seharusnya menjaga diri dengan lebih baik dan meminimumkan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini bagi mengelakkan kes jangkitan baharu terus melonjak.


Namun katanya, jika pendekatan lama kerajaan Perikatan Nasional tidak berjaya mengurangkan kes selepas PKP tamat pada 26 Jun kelak maka kerajaan gagal dalam usahanya.


"Harap semua bersabar harungi PKP siri Syawal ini untuk melihat kes harian turun kepada 2 angka


"Menjelang 26 Jun, jika Kerajaan PN - BN tak dapat turunkan angka jangkitan, elok Kerajaan PN sahaja yang turun," katanya.


Selain itu, Zamri turut mengkritik pengumuman PM semalam yang tidak menyentuh mengenai kaitan penularan Covid dengan pendekatan PKP siri ke 2.0 atau 3.0 untuk mengekangnya


Semalam, Muhyiddin mengumumkan bahawa sidang khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan beliau memutuskan untuk melaksanakan PKP di seluruh negara berkuatkuasa dari 12 Mei hingga hingga 7 Jun 2021.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page