top of page

PKP 3.0: Pemimpin #KerajaanGagal patut letak jawatan


Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di Selangor dan kemudian Wilayah Persekutuan menyedarkan rakyat bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah gagal total dalam melawan pandemik Covid 19.


Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pulai, Faezuddin Puad, lebih memeritkan kehidupan rakyat ketika ini, PKP 3.0 memangsakan peniaga kecil-kecilan dan melepaskan sektor peniaga besar terus beroperasi.


"SOP masih juga tak jelas dan caca marba. Peniaga-peniaga kecil tertanya tanya sama ada boleh berniaga atau tidak? Kalau tak boleh berniaga bagaimana dengan tempahan stok yang telah dibuat? Adakah modal hangus begitu saja.


"Inilah nasib peniaga kecil di zaman PN. Sementara itu, pusat beli belah dibenarkan beroperasi?


"Kilang-kilang besar yang mempunyai risiko jangkitan tinggi pula terus diberi jaminan dibenarkan beroperasi.


"Walaupun negara sudah berhadapan dengan wabak Covid-19 lebih setahun dan pelbagai pelaksanaan SOP, namun kelihatannya kerajaan masih terkial-kial seolah-olah tak tahu apa," katanya dalam satu kenyataan.


Bagi Faezuddin, PKP dan darurat tidak menurunkan angka jangkitan Covid 19 jelas mengecewakan rakyat yang telah patuh SOP, apatah lagi yang didenda berpuluh ribu ringgit.


Manakala proses vaksinasi yang perlahan pula menunjukkan seolah-olah kerajaan PN tidak serius dalam menangani masalah kesihatan rakyat.


"Sekarang rakyat mulai sedar pelaksanaan PKP, PKPB, PKPP waima darurat sekalipun telah gagal turunkan kes. Program vaksin lembab. Setakat ini cuma 609,539 orang telah divaksin sebanyak dua dos. Jumlah ini lebih rendah jika dibandingkan dengan negara-negara jiran. Menteri penyelaras program vaksin pula mendakwa vaksin mungkin tak cukup untuk Fasa 3.


"Setelah semuanya kelihatan gagal, sekarang ini satu saja yang rakyat minta iaitu kembalikan semula Parlimen kepada rakyat. Adakan sidang Parlimen seberapa segera yang boleh supaya wakil rakyat dapat menyuarakan masalah, memberikan pandangan dan bertanyakan soalan kepada para menteri. Supaya sistem semak dan imbang itu berjalan," katanya.


Oleh itu, menurut Faezuddin, tidak salah sekiranya rakyat mahu pemimpin kerajaan PN yang gagal meletak jawatan agar tidak lagi meneruskan kelemahan pentadbiran.


"Manakala pemimpin yang memimpin sebuah #KerajaanGagal wajib meletakkan jawatan," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page