top of page

PKP 3.0 gagal: Pengusaha restoran, kafe di Kelantan terjejas teruk


Biar pun negeri Kelantan telah masuk ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara namun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih ketat Prosedur Piawai Operasinya (SOP) menjejaskan dengan teruk pengusaha restoran dan cafe di negeri itu, sebagaimana dilaporkan oleh Astro Awani, hari ini.


Bagi Ketua Cabang KEADILAN Kota Bharu, Zinda Khalil Sastro Hassan keluhan pengusaha restoran itu wajar dipertimbangkan oleh Kerajaan Perikatan Nasional yang telah mengurung rakyat lebih dari sebulan dalam lockdown.


"Sebulan PKP dilaksanakan yang nyata angka Covid masih tinggi dan kerajaan gagal mengatasinya.


"Berbeza dengan PKP 1.0, semua sektor perniagaan dan sosial tidak beroperasi tetapi PKP 3.0 ini kerajaan mengamalkan pilih bulu di mana kilang-kilang dibenarkan beroperasi bila mendapat kelulusan dari MITI


"Sekarang PKP sudah berganti dengan Fasa. Namun tidak nampak beza antara PKP dan Fasa yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini. Matlamatnya sama, untuk selesaikan Covid, tetapi sampai sekarang keputusan tetap sama, angka Covid masih meningkat.


"Kami semua mengharapkan kerajaan sekarang menyediakan satu formula terbaik untuk rakyat. Sudah sudahlah membuat eksperimen kepada rakyat," katanya.


Laporan Astro Awani hari ini, mendedahkan kesempitan pendapatan pengusaha restoran atau kedai makan di Kelantan kerana SOP yang tidak membenarkan pengunjung makan di premis mereka.


Para pengusaha tersebut merayu agar dalam Fasa 2 pemulihan kerajaan membenarkan pelanggan makan dengan SOP yang ketat.


Bagi Khalil pula, jika tiada usaha dilakukan oleh kerajaan pusat dan Kerajaan Negeri maka pengusaha restoran akan gulung tikar dalam masa terdekat.


"Sewa kedai, gaji pekerja perlu dibayar. Amat malang sekali, tiada usaha dari Kerajaan Negeri untuk membantu pengusaha-pengusaha restoran ini.


"'Membantu Bersama Islam' sekadar slogan yang digunakan untuk mainan politik mereka sahaja. Ketika rakyat susah, wakil rakyat diam seribu bahasa. Jangan asyik layan nafsu sahaja, pengusaha kedai makan dan cafe perlu diselamatkan segera," katanya lagi.


Dalam laporan Astro, diakui sebahagian besar pengusaha kedai makan terutama yang baru berjinak-jinak dengan perniagaan telah gulung tikar.


Sementara bagi sebahagian pengusaha yang masih meneruskan operasi, mereka tiada pilihan dan terpaksa memotong gaji pekerja serta berdepan sewa kedai tertunggak.


Dianggarkan lebih 6,000 individu di Kelantan terlibat dalam operasi kedai makan, restoran dan kafe.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page