top of page

PKP 3.0: AMK Wangsa Maju lancar program bantuan 'Makanan Asas'


Menyedari kesukaran yang bakal dialami oleh warga kota Kuala Lumpur, khususnya anak perantauan mengharungi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Wangsa Maju melancarkan program 'Makanan Asas' bagi membantu penduduk setempat.


Ketua AMK Wangsa Maju, Harcharan Singh (gambar, kiri sekali) berkata, banyak anak rantau yang tidak dibenarkan balik kampung untuk Hari Raya Aidilfitri tahun ini selepas pengumuman PKP 3.0, perlu dibantu dengan sedikit keperluan harian.


"Ada antara mereka merupakan anak muda bujang yang merantau ke ibu kota untuk tujuan pekerjaan. Hari Raya mungkin satu-satunya perayaan mereka mendapat cuti panjang bersama keluarga di kampung. Walaupun sumbangan tidak seberapa, ia adalah saguhati daripada usaha KEADILAN,” katanya.


Menurut AMK Wangsa Maju, program tersebut telah bermula pada 6 Mei dan pengagihan dibuat secara berperingkat. Kebanyakkan penerima menetap di kawasan berpadatan tinggi seperti Seksyen 1, Flat Danau Kota, PPR Gombak Setia, PPR Sri Kedah dan PPR Sri Langkawi.


Selain Harcharan, Ketua Ranting Changkat saudara Vijeyndran dan Arief juga terlibat dalam pengagihan Makanan Asas.


"Ramai yang kehilangan kerja tahun lepas terpaksa bergantung kepada kerja sambilan seperti penghantar makanan dan ‘ride sharing’. Ketika kami beraya, akibat dikekang oleh PKP 3.0 mereka terpaksa bekerja mencari pendapatan di sekitar ibu kota," kata Vijeyndran.


Makanan Asas itu juga diedarkan kepada penuntut Kolej TAR yang kebanyakkannya menetap di Taman Bunga Raya dan Taman Melati Utama.


Aktivis muda KEADILAN Wangsa Maju, Jackie Tan berkata, sumbangan bantuan kepada pelajar dapat meringan beban kewangan mereka.


"Sebagai seorang pelajar di TAR, saya mengenali ramai antara mereka penuntut kolej mempunyai pekerjaaan separuh masa untuk menampung kehidupan mereka. Setahun dalam pandemik, sedikit banyak sumbangan KEADILAN meringankan beban kehidupan," katanya.


AMK Wangsa Maju mengucapkan terima kasih kepada penyumbang bantuan seperti Insaf Malaysia dan Houkinyau Sdn Bhd yang sering menyumbang bantuan kemanusiaan.


Selain Wangsa Maju, program Makanan Asas juga giat dijalankan di seluruh Wilayah Persekutuan, termasuk Seputeh, Bukti Bintang, Bandar Tun Razak dan Setiawangsa.


0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page