PKORM Sabah sampaikan sumbangan iktiraf jasa Otai Reformis
- Suara Keadilan
- May 30
- 1 min read

Jasa pejuang reformasi era 1998 atau Otai reformis tetap dikenang.
Baru baru ini mewakili Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Otai Reformis Malaysia (PKORM), Datuk Dr Sangkar Rasam, Setiausaha PKORM Sabah, Junaidah Makku @Junn telah menyampaikan sumbangan kepada balu reformis Allahyarham Ibrahim Musrah.
Menurut Junn, sumbangan itu disampaikan kepada isteri Allahyarham, Haslina Lajim di kediamannya di Simpang Jalan Masud, Kampung Kerukan, Kuala Penyu, Sabah.
"Allahyarham merupakan seorang tokoh reformis yang amat dihormati, dan jasa serta pengorbanan beliau dalam perjuangan awal gerakan reformasi sentiasa dikenang.
"Beliau antara pejuang terawal yang menyertai gerakan ini sejak detik pertama ia digerakkan, dan menjadi penggerak utama dalam penubuhan Parti KEADILAN di Beaufort.
"Sumbangan serta dedikasi Allahyarham telah menjadi asas penting kepada perkembangan parti di kawasan Beaufort. Ramai anggota parti yang kekal setia dengan perjuangan hari ini adalah hasil daripada didikan, semangat dan pengorbanan beliau selama ini," kata Junn dalam satu kenyataan.
PKORM Sabah merakamkan penghargaan setinggi-tingginya atas segala jasa Allahyarham dalam memperjuangkan keadilan dan pembaharuan. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin.
Comments