PKORM, AgroBank lancar Kad Takaful Reformis
- Suara Keadilan
- Jun 13
- 1 min read

Pertubuhan Kebajikan Otai Reformis Malaysia (PKORM) bersama AgroBank melancarkan Kad Takaful Reformis, Pelan Perlindungan Kemalangan Diri di bawah Takaful Kasih Plus Agro Bank di Hotel Ames Ayer Keroh, Melaka sempena Seminar Pemantapan Organisasi dan Pertemuan Bersama Presiden KEADILAN, semalam.
Menurut Setiausaha Agung PKORM, ShaifulAnuar Sulaiman, di bawah pelan berkenaan caruman untuk perlindungan kemalangan sehingga RM10,000 selama 24 jam sehari di beri kepada 100 orang ahli terawal pertubuhan, menjadikan jumlah perlindungan RM1.0 juta.
Kata beliau, skim insurans tersebut akan diperluas kepada seluruh ahli PKORM pada masa akan datang.

"Skim takaful ini akan diperluaskan ke semua cawangan Pertubuhan Kebajikan Otai Reformis Malaysia.
"Turut diberikan manafaat pelan tersebut, adalah perlindungan untuk keilatan kekal (RM10,000), khairat kematian (RM1,000), perbelanjaan perubatan (RM600) dan elaun hospital (RM10 sehari)," katanya dalam satu kenyataan.
Tambah Shaiful, sumbangan takaful tersebut dianggap pengiktirafan kepada jasa para reformis yang berjuang sejak dua dekad lalu memperkasakan reformasi.
"Sumbangan takaful untuk setahun ini, adalah sebagai langkah permulaan bagi membela nasib kebajikan reformis-reformis yang pernah menyumbang jasa mereka di dalam perjuanggan reformasi sejak 1998," katanya.
Menyerikan lagi majlis peluncuran semalam, Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat berfoto bersama pemimpin PKORM sewaktu beliau berjalan menuju ke dewan utama Seminar Pemantapan Organisasi dan Pertemuan Bersama Presiden KEADILAN.
Turut sama hadir adalah Pengurus Cawangan Agro Bank Alor Gajah, Puan Sharifah Norizan yang akan menguruskan pelan perlindungan takaful kepada ahli PKORM.
Comments