top of page

PJD Link: Kongsi dokumen perjanjian konsesi kepada umum



Oleh: Abdullah Zaid


Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) diseru untuk nyah rahsia perjanjian konsesi lebuh raya Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link) selepas projek itu dihidupkan semula.


Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung berkata perjanjian konsesi itu wajar dibuka kepada orang awam terutama penduduk yang terlibat bagi mengetahui kesan pembinaan tersebut.


Pada waktu ini, katanya maklumat berkenaan projek itu amat terhad biarpun soalan susulan telah diajukan di Dewan Rakyat.


Menurut Chean Chung, akses kepada dokumen perjanjian itu penting supaya wakil rakyat, pakar, dan penduduk boleh terlibat dalam perbincangan dan membuat keputusan secara kolektif.


"Sebarang bentuk perbincangan tanpa melibatkan perkongsian maklumat penting kepada umum boleh memberi kesan," katanya dalam satu kenyataan.


Terdahulu, Timbalan Menteri Kerja Raya Ahmad Maslan memaklumkan di Dewan Rakyat bahawa kerajaan terikat dengan klausa kerahsiaan dalam perjanjian konsesi itu sekali gus sukar untuk menyahrahsiakan maklumat projek tersebut.


PJD Link akan menghubungkan utara dan selatan Petaling Jaya, melalui Petaling Jaya Utara, Bandar Utama, Taman Tun Dr Ismail, Petaling Jaya city centre, Taman Dato’ Harun, Taman Medan Baru, Taman Sri Manja, Bandar Kinrara dan Taman Teknologi Bukit Jalil.


Sebelum ini, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari memberi bayangan cadangan pembinaan projek PJD Link mungkin akan dihidupkan setelah mengambil kira semua aspek penilaian setelah ia dibatalkan 31 Julai tahun lepas.


Pada 18 Mac lalu, Gabungan Persatuan Penduduk Taman Medan mewakili 50,000 warga menyokong pelaksanaan projek PJD Link bagi mengurangkan masalah kesesakan yang kian parah di kawasan tersebut.


Bagaimanapun, dilaporkan penduduk bagi kawasan lain membantah projek berkenaan selain menyeru alternatif baharu bagi mengantikan cadangan lebuh raya terbabit.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page