PJ International Technology Hub dilancar, 10 syarikat inovasi sertai fasa pertama


Petaling Jaya melakar sejarah baharu apabila PJ International Technology Hub, atau lebih dikenali sebagai Hub for ASEAN Technology & Innovation (HATI), dilancarkan secara rasmi pada Sabtu lalu bersempena PJ Startup Festival 2025.
Sebanyak 10 syarikat teknologi tempatan dan antarabangsa menyertai fasa pertama sebagai perintis, menjadikan langkah ini satu pencapaian penting dalam mengangkat Petaling Jaya dan Selangor sebagai hab inovasi serta teknologi serantau.
Menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung, transformasi Pusat Inovasi di bawah bidang kuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya di Kota Damansara itu, digerakkan transformasinya menjadi Hub for ASEAN Technology & Innovation (HATI), yang berjaya menarik penyertaan syarikat pemula tempatan dan pemain teknologi antarabangsa.
"HATI mempunyai visi untuk melahirkan unicorn deeptech buatan Malaysia melalui pemindahan teknologi, kerjasama rentas sempadan, dan mempercepatkan pertumbuhan startup.
"Matlamat HATI adalah untuk menempatkan 100 syarikat pemula dalam tempoh dua tahun, dengan 50% daripadanya dalam bidang deeptech, serta melahirkan tiga soonicorns dalam dua tahun, dan satu unicorn dalam tempoh lima tahun," katanya.
Antara syarikat yang menyertai sebagai ahli perintis ialah TeamCloud Solution, InfoQuest Technologies, Heliosophy, APR Electronic Services, DAH Reply AI, dan Verdant Solar, manakala rakan antarabangsa termasuk Hong Kong Biotechnology Association, Xi’an NovaStar, Yunhao Beijing Technology, dan Qianfang Gaoneng AI.
Perasmian hub ini disempurnakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Chang Lih Kang yang menyifatkan HATI sebagai pelengkap kepada agenda nasional dalam memperkukuh landskap inovasi negara.
"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada YB Lee Chean Chung dan jawatankuasa penganjur kerana menjayakan visi ini. Hub ini direka untuk menghubungkan syarikat pemula Malaysia dengan inovator antarabangsa melalui ruang kerja bersama, fasiliti penyelidikan dan perkhidmatan nasihat.
"Hub seperti ini boleh membantu syarikat pemula tempatan meneroka peluang serantau dan menarik kerjasama asing. Ia
melengkapi ekosistem yang dipamerkan pada hari ini, serta menyediakan ruang fizikal untuk idea daripada festival seperti PJ Startup Festival berkembang menjadi kerjasama rentas sempadan," katanya.
Beliau menambah, hub Teknologi ASEAN dilancarkan itu adalah contoh bagaimana inisiatif tempatan melengkapi usaha nasional dalam menyediakan infrastruktur tambahan dan rangkaian yang selari dengan misi MOSTI.
"Ia membantu kita memperluaskan ekosistem dan menawarkan lebih banyak peluang kepada syarikat pemula untuk bereksperimen, berkembang dan antarabangsakan diri.
"Kementerian akan terus memantau dan menyokong inisiatif sebegini sebagai sebahagian daripada mandat yang lebih luas untuk membangunkan landskap inovasi Malaysia," katanya lagi.
Dengan penyertaan syarikat tempatan dan antarabangsa, HATI dijangka menjadi pemangkin kepada kerjasama rentas sempadan, inovasi teknologi, dan pertumbuhan ekonomi serantau.




https://de-cryptocasino makes me wonder how often these ambitious hub targets actually translate into lasting companies rather than just launch-day headlines. The goal of 100 startups in two years with half in deeptech is bold, but what caught my attention was the cross-border angle with partners from Hong Kong and Xi'an, since that kind of collaboration usually determines whether a startup can scale beyond Malaysia. From what I've seen in similar innovation clusters, the real test is whether the shared workspace and advisory services stay accessible after the first cohort graduates.