top of page

PJ Food Valley mampu menjana pendapatan peserta IPR



Lembah Makanan Petaling Jaya atau PJ Food Valley dijangka akan mampu memberi perserta program Bantuan Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) menjana pendapatan sesuai sebagaimana dijanjikan oleh kerajaan melalui Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).


Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata demikian sewaktu merasmikan PJ Food Valley di bawah Majlis Bandaraya Petaling Jaya, tengah hari tadi.


"Saya rasa IPR salah satu inisiatif usahawan tani merupakan langkah jangka sederhana yang boleh dilaksanakan segera


"Bulan Disember 2022 Kerajaan Negeri luluskan 80 ekar tanah untuk lembah makanan yang diinisiatifkan MBPJ dalam menangani isu keperluan makanan di Petaling Jaya khususnya, dan rantaian makanan di negeri Selangor umumnya


"Jika diimbas PBT Selangor melaksanakan kebun komuniti. Hampir setiap Jawatankuasa Penduduk zon mempunyai program komuniti, tetapi lebih kepada program sosial dan memenuhi masa lapang serta impak ekonominya tidak besar.


"Namun usaha PJ City Food Valley ini saya rasa mempunyai skala ekonomi tersendiri. Ada kerjasama dengan PKPS dan saya percaya kita boleh terus laksanakan pada hari ini.


"Untuk 20 ekar pertama boleh dilaksanakan dan ini model yang mungkin boleh dijadian contoh kepada 40 peserta yang berjiran kepada ladang ini," katanya.


MB juga berkata beliau akan mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan lain untuk mencari tapak sesuai di kawasan masing masing bagi mewujudkan ladang pertanian untuk peserta IPR.


Sayur sayuran yang terhasil katanya, sudah tentu akan merendahkan harga di pasaran, apatah lagi jika dijual di dalam jualan ehsan tajaan Kerajaan Negeri.


"Kerajaan Negeri akan cuba merangkumkan program ini dengan program jualan ehsan. Jangan takut tempat jualannya telah ada. Kerjasama dengan Fama juga ada. Jualan terus ke pasaran juga ada pembeli yang tersendiri dengan jumlah kepadatan penduduk di negeri ini," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page