top of page

Pisahkan permit APDL atasi risiko projek sakit - Akmal



Oleh: Abdulllah Zaid


Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) yakin langkah untuk memisahkan permit Pengiklanan dan Jualan (AP) dan permit Lesen Pemaju (DL) mampu mengatasi risiko masalah projek sakit.


Timbalannya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir (PH-Johor Bahru) berkata berbanding dahulu kedua permit berkenaan disatukan sebagai kebenaran kepada pemaju untuk memulakan projek pembangunan.


"Tahun ini kita pisahkan APDL kepada dua lesen AP dan DL yang mana pihak kementerian mewajibkan pemaju mendapat DL terlebih dahulu barulah memasuki proses merancang, menjual dan sebagainya.


"Langkah ini walaupun nampak ringkas tetapi sangat besar implikasinya," kata Akmal menerusi Waktu Pertanyaan Menteri, di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Dr Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) mengenai cabaran penguatkuasaan semasa Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118).


Dalam pada itu, Akmal menjelaskan Akta 118 itu, menyediakan peruntukan bagi kawalan dan pelesenan urusan pemajuan bagi melindungi kepentingan pembeli.


"Namun, antara cabaran akta ini ialah kelompongan pembinaan rumah empat unit dan ke bawah. Ini kerana akta 118 hanya terguna pakai bagi pemaju yang menggunakan lebih daripada empat unit.


"Kedua pengiklanan dan penjualan rumah oleh pemaju atau ejen jualan sebelum kelulusan premit iklan diluluskan. Manakala, yang ketiga pengambilan bayaran pendahuluan booking fee oleh mana-mana pihak.


"Selain itu, pengeluaran wang oleh pemaju tidak dapat dipantau oleh Jabatan Perumahan Negara disebabkan tiada ikatan di antara KPKT dan institusi kewangan," ujarnya.


Justeru, kata beliau, cabaran-cabaran ini akan dikurangkan melalui penambahbaikan proses jual beli kediaman yang dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya.


"Ia meletakkan tanggungjawab kepada sepenuhnya kepada pemaju untuk mematuhi peraturan sedia ada," ujar Akmal lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page