top of page

Pisahkan kuasa AG: 'Kita kotakan apa dikata' - Azalina

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 18, 2023
  • 1 min read


Oleh: Abdullah Zaid


Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said (BN - Pengerang) mengkritik pembangkang kerana gagal memisahkan kuasa Peguam Negara (AG) dan Pendakwa Raya semasa menjadi kerajaan selama 33 bulan dari 2020 - 2022 sebelum ini.


Jelasnya, berbanding dengan Kerajaan Perpaduan, blok kerajaan itu disifatkannya lebih jujur dan komited dalam usaha reformasikan sistem perundangan negara agar menjadi lebih adil.


"(Pembangkang) mereka bukan saja tak buat, cakap pun tak. Berkuasa selama tiga tahun. Kami tunggu, saya duduk situ, saya tegur, saya duduk ‘backbencher (barisan penyokong kerajaan)’," katanya.


"Kerajaan (perpaduan) komited kepada tatakelola yang lebih adil. Kami walk the talk. Pembangkang don’t walk, don’t talk." katanya di Dewan Rakyat, hari ini.


Azalina berkata demikian bagi menjawab celahan Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin (PN-Larut) mengenai pendakwaan yang dibuat oleh Peguam Negara kepada blok pembangkang sebagai dakwaan terpilih.


Selain itu, Menteri Undang-undang itu juga menegaskan keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah kuasa budi bicara Peguam Negara.


Jelasnya, budi bicara itu adalah peruntukan yang termaktub dalam Perkara 145 dan ia tidak boleh dipersoalkan.


"Budi bicara tidak boleh dipersolakan kerana Peguam Negara ada kuasa mendakwa dan melepaskan (mengugurkan pendakwaan kes).


"Bila hakim kata tak salah (dibebaskan) boleh didakwa semula, termasuk mana-mana caj semua boleh itu (budi bicara) Peguam Negara.


"Oleh sebab itu, Kerajaan (Perpaduan) komitmen untuk memisahkan Peguam Negara daripada kuasa pendakwaan," ujarnya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page