top of page

Pisahkan AG, Pendakwa Raya tanda semangat reformasi masih membara

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 13, 2023
  • 1 min read

Oleh: Abdullah Zaid


Kerajaan Perpaduan disyorkan menyegerakan pemisahan kuasa antara Peguam Negara (AG) dan Pendakwa Raya dalam tempoh setahun bagi memberi keyakinan semula kepada rakyat


Ahli Parlimen Lim Guan Eng (PH - Bagan) berkata, iltizam itu sangat penting bagi memberi isyarat kepada rakyat bahawa semangat reformasi dan obor perubahan dalam kerajaan masih membara. 


"Saya harap bahawa kerajaan boleh menetapkan tempoh setahun untuk menyempurnakan pemisahan kuasa di antara Pendakwa Raya dengan Peguam Negara.


"Hanya dengan langkah ini baru kita dapat menyakinkan orang ramai bahawa niat dan semangat reformasi masih membara-bara lagi,” katanya dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat sesi pagi. 


Sebelum itu, Guan Eng yang juga Pengerusi DAP menuntut pihak Peguam Negara (AG) memberi penjelasan lanjut berhubung keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan rasuah. 


Jelasnya, penjelasan itu penting wajar kerana diperakui banyak pihak tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut termasuk Majlis Peguam.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page