PISA 2025: Malaysia tersenarai 6 negara terbaik CMPS


Malaysia tersenarai antara enam negara yang mencatatkan pencapaian melampaui jangkaan dalam domain Penyelesaian Masalah Komputasional (CMPS).
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, kejayaan itu membuktikan keupayaan dan kebolehan murid sekolah di negara ini dalam mengaplikasikan logik serta strategi bagi menyelesaikan masalah dengan berkesan.
"Dalam domain Penyelesaian Masalah Komputasional, Malaysia mencatatkan 484 mata dan merupakan antara enam negara yang pencapaiannya melebihi jangkaan," katanya dipetik laporan media.
Fadhlina berkata begitu pada sidang akhbar pengumuman keputusan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) 2025.di Putrajaya pada Selasa.
Penyelesaian Masalah Komputasional merujuk kepada kebolehan memecahkan masalah yang kompleks kepada bahagian lebih kecil, mengenal pasti pola, memilih maklumat yang relevan serta menyusun langkah penyelesaian secara sistematik.
Selain Malaysia, Hong Kong, Macau, Iceland, Filipina dan Brunei turut menunjukkan prestasi cemerlang dalam domain tersebut.
Beliau yang juga Ketua Wanita KEADILAN sementara itu menyifatkan dapatan tersebut penting sebagai indikasi bahawa murid di Malaysia mempunyai keupayaan berfikir yang kukuh.
Menurutnya, potensi ini menjadi asas penting untuk menguasai kemahiran lebih kompleks, terutamanya dalam era yang dipengaruhi teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI).
Sementara itu Fadhlina menyifatkan dapatan tersebut penting kerana memberi indikasi murid Malaysia mempunyai keupayaan berfikir yang boleh menjadi asas kepada penguasaan kemahiran yang lebih kompleks, terutama dalam dunia yang semakin dipengaruhi teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI).
"Apabila mesin semakin pintar dalam memberikan jawapan, manusia perlu menjadi lebih bijak dalam mengemukakan soalan dan membuat penilaian.
"Kemahiran tersebut turut menjadi antara elemen penting yang diterapkan dalam Kurikulum Persekolahan 2027 sebagai persediaan melahirkan generasi yang mampu menghadapi cabaran masa depan," tambahnya.
Untuk rekod, pencapaian indeks antarabangsa seperti PISA merupakan perjuangan utama KEADILAN pada awal 2000 apabila didedahkan kebolehan murid ketika itu amat menurun terutama dalam hal matematik dan sains yang tidak mampu menandingi negara membangun Vietnam sekalipun.




Comments