Pinjaman tanpa cagaran syarikat judi: Zafrul cuba tutup masalah sebenar - Anwar



Pinjaman tanpa cagaran yang diberikan oleh bank bank Malaysia kepada syarikat perjudian Genting Hong Kong (GHK) yang muflis baru baru ini seharusnya dijelaskan secara terperinci oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz.


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penjelasan yang dipintanya minggu lalu berkenaan pinjaman RM2.5 bilion itu tidak wajar dijawab sebagai hal biasa urusan perbankan.


"Zafrul menyatakan pinjaman tanpa cagaran itu adalah norma dan praktik biasa dalam sektor perbankan, dan bank-bank tidak akan dihadapkan dengan kerugian.


"Lagak santai dan bersahaja beliau memberi pencerahan tentang isu ini amat mengecewakan tatkala kita sedia maklum badan-badan atau tabung-tabung kewangan utama negara mempunyai pertalian pelaburan yang cukup besar di dalam bank-bank tempatan di negara ini.


"Apabila bank-bank mengalami kerugian, kepentingan rakyat turut terkesan. Dalam isu pinjaman tanpa cagaran kepada GHK, kerugian yang ditanggung Maybank, CIMB dan RHB akan turut ‘ditanggung’ oleh rakyat Malaysia.

"Malaysia telah lama berselirat dengan pelbagai skandal kewangan; dari skandal Bumiputera Finance hingga 1MDB di mana berbilion ringgit lesap dek kerana salahguna kuasa, rasuah dan ketiadaan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban oleh badan-badan bertanggungjawab," ujar Anwar dalam kenyataan hari ini.


Ahli Parlimen Port Dickson itu sebaliknya berkata, dalih Zafrul tersebut hanya memburukkan lagi imej Malaysia di mata dunia selepas terbelit beberapa skandal kewangan dan tatkala Indeks Persepsi Rasuah merudum teruk sejak dua tahun lalu.


"Saya setuju bukan kerja Menteri Kewangan menyemak atau meneliti bagaimana bank-bank sepatutnya beroperasi. Namun, Menteri Kewangan yang cekap pasti akan menonjolkan sikap dan nilai integriti yang tinggi dalam mengurus peruntukan dan dana, terutamanya di saat ini di mana jutaan rakyat Malaysia sedang berdepan dengan masalah pengangguran, keadaan ekonomi yang belum kukuh serta masalah kemiskinan.


"Tidak kurang sebilangan rakyat yang menghadapi kesukaran untuk membayar balik pinjaman kerana dampak hentakan wabak Covid-19 ke atas ekonomi kita," katanya.


Bagi Anwar, masalah bankrapsi mungkin tidak menjejaskan taikun taikun besar yang mempuyai 'kabel', dianggap “tidak ada kerugian material” dan boleh ditangani dengan sedikit pengstrukturan korporat. Kepada ahli-ahli ekonomi pula, ia hanya “risiko moral”.


Namun, katanya, rakyat Malaysia melihatnya sebagai satu bentuk ketidakadilan.


Tegas Anwar, dalam hal pinjaman kepada GHK dan kebangkrapan syarikat itu, Menteri Kewangan perlu lebih beretika dan bertanggungjawab dalam memberikan penjelasan


"Zafrul adalah kepala Perbankan Pelaburan semasa di Maybank apabila urusan pinjaman kepada GHK dibuat. Dia kemudiannya berkhidmat di dalam badan eksekutif di CIMB semasa pinjaman kepada GHK diservis.


"Dia telah menjawat jawatan sebagai Menteri Kewangan selama hampir dua tahun. Dia mempunyai kepakaran yang luas berhubung perjanjian itu, dan mempunyai masa yang cukup untuk melakukan pindaan yang mampu memastikan manfaat kepada pengguna-pengguna bank, tapi itu tidak berlaku.


"Ringkasnya, hanya ada seorang yang mampu merundingkan perjanjian yang lebih baik kepada GHK bagi pihak rakyat Malaysia iaitu Menteri Kewangan sekarang. Ternyata beliau telah gagal," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER