top of page

Pinjaman KWSP: 6.5 juta pencarum tabungan di bawah RM10,000



Saranan Kerajaan agar pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menggunakan simpanan mereka sebagai cagaran membuat pinjaman bank diputuskan kerana terlalu banyak pencarum memiliki simpanan yang amat rendah.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PM - Tambun) berkata demikian sewaktu menjawab soalan Ahli Parlimen Datuk Muslimin Yahya (PN - Sungai Besar) di Dewan Rakyat sesi pagi.


Menurut beliau, bilangan ahli KWSP berumur di bawah 25 tahun dengan simpanan kurang RM10,000 mencatat jumlah 6.5 juta pencarun dan majoritinya adalah kalangan Melayu-Bumiputera yang secara purata mempunyai tabungan sekitar RM4,900.


"Sekarang 20 negara yang memberi keizinan mengeluarkan simpanan tabung hari tua tatkala menghadapi Covid 19, semua negara itu telah menghentikan kelulusan pengeluaran tambahan (pasca Covid).


"Tiada satu pun negara meneruskannya kerana akad mereka (pencarum) untuk pengeluaran masa akan datang (selepas bersara) melainkan dalam kes kecemasan," katanya.


Mengenai kos faedah pinjaman pula, menurut Anwar, KWSP menggalakkan peminjam menggunakan kaedah perbankan Islam kerana kadar faedah yang lebih rendah.


Manakala rujukan undang undang, kata Anwar, telah dibuat berkenaan Seksyen 51 kaedah KWSP yang kerap dipertikaikan tidak membenar caruman diguna sebagai cagaran, begitu juga kepada Peguam Negara.


Kaedah pinjaman bank itu, dibayangkan sebagai tidak merisikokan kewangan KWSP yang terlibat dalam pelbagai pelaburan aset aset utama negara.


"Tentunya penasihat undang undang KWSP dan Peguam Negara telah dirujuk dan tidak ada percanggahan dengan Seksyen 51.


"Walau bagaimanapun dari sudut jaminan peminjam dipelihara, umpamanya dividen diteruskan, tidak dipotong. KWSP merasakan dalam beberapa tahun pulangan diperolehi. Kalau sejumlah kecil gagal membayar ia tidak mengesan parah kerana jumlah induk dan dividen sudah ditambah," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page