Pinjaman Genting Hong Kong: Mengapa pemimpin Pas tidak bersuara isu syarikat judi?



Isu pinjaman tanpa cagaran yang diberikan oleh 3 bank besar Malaysia kepada syarikat perjudian Genting Hong Kong masih tidak mendapat ulasan para pemimpin Pas.


Sewaktu Pas masih pembangkang, isu judi sama ada nombor ekor atau kasino di Genting, Pahang adalah antara isu utama perjuangan parti Islam itu yang dijanjikan akan dihapuskan seandainya mereka memerintah.


Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Azan Ismail, sikap membisu para pemimpin Pas tersebut amat pelik kerana sebagai pejuang Islam kedudukan dalam kerajaan tidak sewajarnya mengurangkan kelantangan perjuangan mereka.


Beliau mempersoalkan adakah kerana pemimpin Pas telah dibuai kuasa dan wang menyebabkan mereka tidak lagi berminat untuk menentang judi.


"Pas ini mungkin mereka telah disumbat dengan dedak, diberi jawatan dan kuasa, maka isu ini mereka diamlah. Mereka berdiam diri sebab dedak itu penuh sampai ke gusi, penuh mulut


"Saya lihat Pas membabi buta memberi sokongan hanya kerana jawatan besar, dapat merasa kereta mewah, gaji besar. Mereka tidak ada lagi pendirian dalam apa-apa isu yang melibatkan kerajaan," katanya.


Tambah Azan, tidak mustahil Pas akan menggunakan alasan teknikal sebagai mana Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz menjelaskan pinjaman kepada Genting Hong Kong tersebut hanyalah hal dalaman bank semata mata.


"Pas mungkin tengah mencari dalil-dalil bagi menghalalkan pinjaman kepada syarikat judi tersebut. Kita tunggulah dalil apa yang mereka akan keluarkan nanti," katanya lagi.


Sebelum ini, tiga bank Malayan Banking Berhad (Maybank), Kumpulan CIMB Berhad dan RHB Bank Berhad berdepan kerugian apabila syarikat Genting Hong Kong yang mengambil pinjaman kira-kira RM2.5 bilion daripada mereka muflis.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER