top of page

Pinjaman AIM kena sertai parti politik?



Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ditubuhkan bagi membantu golongan miskin atau B40 untuk meminjam bagi mengembangkan perniagaan.


Namun Ahli Parlimen S Kesavan (PH - Sungai Siput) mendakwa terdapat pemohon yang memberitahu beliau bahawa pegawai AIM Cawangan Sungai Siput bertanya berkenaan keanggotaan parti politik kepada pemohon pinjaman.


"Di mana matlamat asal penubuhan (AIM) adalah membantu golongan miskin berasaskan kemahiran dalam usaha menambahkan pendapatan.


"Amanah Ikhtiar juga ditubuh membantu golongan fakir miskin tanpa mengira fahaman politik, agama dan kaum.


"Di parlimen saya ada aduan daripada masyarakat miskin yang berniaga, di mana mereka pergi ke pejabat Amanah Ikhtiar Cawangan Sungai Siput, mereka tanya awak ini dari parti mana? Kalau tidak menyertai parti politik sama ada MIC atau Umno (mungkin sukar dapat pinjaman)," katanya.


Menurut Kesavan lagi, soalan tersebut amat tidak relevan ditanya kepada pemohon pinjaman dan menyalahi niat asal penubuhan AIM


"Jadi penubuhan asal adalah untuk membantu tanpa fahaman politik. AIM di bawah pengurusan sekarang (seolah olah) menjadi platform politik, jadi pertukaran politik (dengan pinjaman)," katanya.


Bagaimanapun, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar menjawab, AIM tidak meluluskan pinjaman berdasarkan politik.


Katanya, AIM beroperasi seperti biasa di bawah kerajaan Pakatan Harapan, PN dan kini BN.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page