top of page

Pindaan perlembagaan KEADILAN ubah cara pemilihan parti



Kongres Khas yang diadakan di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam hari ini dijangka akan mengubah kaedah mengundi dalam pemilihan jawatan tinggi dalam Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).


Berdasarkan temubual Suara Keadilan bersama Setiausaha Agung KEADILAN, Dr Fuziah Salleh sebelum ini, sistem pemilihan baharu tidak lagi menggunakan konsep 'satu ahli satu undi' kerana terdapat masalah anggota tidak mengenal pemimpin yang diundi dan membawa kepada alaman 'cai' yang agak kronik dalam pemilihan.


Dalam temubual terbaharu bersama Malaysiakini pula, Dr Fuziah berkata, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) akan mencadangkan pindaan untuk kembali kepada sistem perwakilan dan memberi kuasa mengundi kepada kira-kira 30,000 perwakilan parti daripada 222 cabang di seluruh negara.


"Jadi satu perbincangan yang mendalam (telah berlaku) kerana kita mendapati anggota di akar umbi itu mungkin tak kenal secara mendalam satu-satu pemimpin.


"Katalah nak pilih naib presiden, mungkin kenal nama, tengok dari jauh, tahu pandai bercakap, tapi dia tak tahu kemampuan orang itu dari segi delivery, turun padang dan sebagainya.


"Jadi tak adil kalau setiap anggota itu mengundi," katanya dipetik.


Namun kata beliau, sistem pemilihan lama tetap diamalkan untuk memilih pemimpin di peringkat ranting atau cabang yang mana ahli lebih mengenali pemimpin mereka.


Usul yang dicadangkan MPP hari ini, bertujuan menambah bilangan perwakilan yang mempunyai kuasa mengundi kepada 116 setiap cabang.


Angka itu termasuk 46 ahli jawatankuasa cabang dan sayap yang dipilih, yang boleh menghadiri kongres tahunan secara fizikal, serta 70 perwakilan yang akan membuang undi dalam talian.


Cabang yang mempunyai lebih daripada 3,000 ahli akan layak mendapat 10 perwakilan tambahan bagi setiap 1,000 ahli, kepada maksimum 156.


Sistem ini menurut Setiausaha Agung akan lebih adil meliputi berbilang etnik dan latar belakang kerjaya serta sosial yang akan menjadikan keputusan pemilihan lebih dinamik dan menjadikan parti jauh lebih utuh dalam kepelbagaian pendapat dan dasar.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page