top of page

Pindaan Perlembagaan atasi diskriminasi wanita jaminan besar dari bakal PM - Fadhlina



Janji untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi memastikan tiada diskriminasi terhadap golongan wanita merupakan perkara paling besar yang dijanjikan daripada bakal Perdana Menteri (PM) Malaysia ke 10.


Menurut Ketua Wanita KEADILAN, Senator Fadhlina Sidek, janji yang diucapkan oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Majlis Pelancaran Iltizam Wanita & Jentera PRU-15 petang tadi di Shah Alam adalah sangat penting dinilai oleh golongan wanita sebelum membuang undi dalam Pilihan Raya Umum ke 15.


"Perkara terpenting yang disebut Datuk Seri Anwar tadi iaitu pindaan Perlembagaan sejurus sahaja kita menjadi kerajaan


"Ini satu jaminan yang sangat besar impaknya kepada negara. Ini adalah satu perkara yang paling besar yang dijanjikan oleh bakal PM khususnya memastikan tiada diskrimiasi terhadap wanita," katanya dlaam sidang media selepas konvensyen selesai, petang tadi.


Selain itu, Fadhlina juga membangkitkan kos sara hidup yang membebankan, khususnya wanita yang menjadi suri rumah tangga yang akan menjadi tumpuan utama kempen PH kali ini


"Kedua ialah soal yang berlaku dalam masyarakat yang masih lagi diberikan tumpuan, khususnya soal kos sara hidup rakyat dan juga berkaitan kemiskinan dan juga isu rasuah.


"Isu rasuah mesti diberikan tumpuan, terkait rapat dengan penyelewengan dan juga ketirisan yang sangat besar sehingga mengakibatkan reputasi negara berhubung indeks persepsi rasuah yang menyebabkan Malaysia tidak ke mana mana dengan persepsi dan isu kebocoran serta penyelwengan yang tidak selesai.


"Take away petang ini sangat penting bagi menjamin hak wanita khusus memastikan tiada lagi diskriminasi hak wanita," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page