top of page

Pindaan IHR 2005: Masih diteliti, perlu mendapat kelulusan parlimen - Hassan



Oleh: Abdullah Zaid


Pindaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa 2005 (IHR 2005) yang masih dalam proses rundingan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) tidak akan menjejaskan kedaulatan negara sebagaimana didakyahkan oleh pembangkang PN.


Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, KKM sendiri telah memberi jaminan untuk memelihara kedaulatan negara dan kuasa Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara sebagai keutamaan sebelum menandatangani sebarang perjanjian di peringkat antarabangsa.


"Buat masa sekarang kerajaan sedang meneliti semua aspek melalui libat urus dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Menteri Luar dan kementerian berkaitan bagi meneliti pindaan IHR 2005 dan WHO CA+ (Triti Pandemik Perjanjian Konvensyen Pertubuhan Kesihatan Sedunia).


"Hal ini menunjukan Malaysia tidak tergesa-tergesa untuk mengesahkan ratifikasi perjanjian tersebut bagi melibat konteks dan implikasi yang lebih luas," katanya ketika dihubungi.


Jelasnya, bagi sebarang bentuk perjanjian antarabangsa, ia perlu mendapat kelulusan daripada parlimen terlebih dahulu sebelum diratifikasi di Malaysia.


"Undang-undang (Malaysia) ada dua lapisan. Pertama kerajaan melalui menteri boleh menandatangani perjanjian antarabangsa sebagai lapisan pertama.


"Kemudian, ia mesti dibawa ke lapisan kedua iaitu kelulusan parlimen bagi ratifikasi (pengesahan) tersebut," ujarnya.


Justeru Hassan menegaskan, sebagai sebuah negara berdaulat, Malaysia mempunyai hak menyatakan apa-apa pendirian berhubung perjanjian antarabangsa.


"Tidak semua perjanjian antarabangsa Malaysia mesti tandatangan. Contohnya (ratifikasi) Statut Rom (Mahkamah Jenayah Antarabangsa) sampai sekarang kita tak lakukan.


"Jadi saya ingin tegaskan kepada pihak tertentu untuk tidak bimbang berkenaan perjanjian tersebut kerana ia perlu melalui kuasa parlimen sebelum diratifikasi," ujarnya.


Semalam, Menteri Kesihatan (KKM) Dr Zaliha Mustafa menjelaskan isu pindaan IHR 2005 dan WHO CA+ bukanlah perkara baharu dan pernah melalui beberapa kali pindaan sebelum ini


Jelasnya, pindaan itu antara lain bagi meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi sebarang wabak pada masa akan datang selain membina sistem penjagaan kesihatan negara yang lebih mampan.


Sebelum ini, beberapa NGO dan individu pro pembangkang mendakwa Malaysia telah pun menandatangani WHO CA+ yang membenarkan agensi dunia itu mengambil alih peranan Yang di-Pertuan Agong mengisytihar darurat sekiranya berlaku pandemik seperti Covid 19 yang lalu.


Sedangkan tiada satu pun perjanjian sama ada pindaan IHR 2005 atau WHO CA+ yang membenarkan campurtangan kuasa asing dalam isu kesihatan di Malaysia. Manakala pihak pembangkang boleh meneliti hal berkenaan dan berbahas mengenainya apabila perjanjian itu telah sampai ke peringkat parlimen sebelum diluluskan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page