top of page

Pindaan Akta 743 dibentangkan di Parlimen



Rang Undang-undang (RUU) Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024 dibentangkan bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada Selasa.


RUU bagi meminda Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2013 (Akta 743) itu dibentangkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Senator Fuziah Salleh.


Menurut naskhah biru yang diedarkan di Parlimen, RUU tersebut bertujuan memasukkan peruntukan yang berhubungan dengan kerangka pelaporan dan penzahiran maklumat pemunyaan benefisial,


Pindaan turut memperkenalkan konsep perkiraan sukarela korporat dan pengurusan kehakiman kepada perkongsian liabiliti terhad dengan menerima pakai kerangka di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777].


"RUU itu juga meminda subseksyen 10(2) Akta 743 yang menghendaki perkongsian liabiliti terhad untuk menyerah simpan dengan pendaftar butir-butir berdaftar yang termasuk butir-butir mengenai maklumat pemunyaan benefisial dan sumbangan modal setiap pekongsi bagi maksud pendaftaran.


"Ia juga memperuntukkan kuasa Menteri untuk membuat peraturan berkaitan dengan apa-apa perkara yang berhubungan dengan akses kepada maklumat pemunyaan benefisial serta yang berhubungan dengan perkiraan sukarela korporat, pengurusan kehakiman, penyelesaian dan penerimaan," dipetik laporan media.


Selain itu, pindaan itu juga menyaksikan tanggungjawab tambahan dikenakan kepada pegawai pematuhan bagi menyenggara daftar pemunya benefisial dan menghendaki penzahiran pemunya benefisial.


Fuziah ketika pembentangan itu turut memaklumkan bacaan kedua RUU itu dijadual dibentang pada mesyuarat akan datang.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page