top of page

Pindaan Akta 342: Denda sehingga RM10,000 tidak patuh SOP melampau



Pindaan terdadap Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 atau Akta 342 dianggap melampau apabila mencadangkan nilai maksimum kompaun kepada yang melanggar Prosedur Operasi Piawai (SOP) sehingga RM10,000.


Bagi Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Aizuddin Ariffin, kompaun RM10,000 mengikut pengalaman pelaksanaan mungkin hanya dikenakan kepada rakyat biasa dan tidak mungkin kepada wakil rakyat atau menteri yang dirujuk sebagai 'kluster kayangan'.


"Saya mengambil pendekatan mengkritik tetapi tidak menolak untuk menyokong usaha cadangan pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit berjangkit 1998


"Kegagalan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membentangkan perincian garis panduan terhadap rang undang-undang yang bakal dilaksana, hanya mewujudkan banyak kelompongan. Undang - undang berasaskan tangkap muat dan perincian yang longgar tidak dapat menjamin keadilan dan boleh dipertikai kredibilitinya.


"Sebagai contoh, hukuman kepada individu yang melanggar SOP sehingga denda maksimum RM 10,000 atau penjara maksimum 7 tahun atau kedua-duanya sekali adalah satu bentuk kezaliman dan tidak masuk akal. Apa jaminan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin rakyat di bawah tidak akan ditekan tatkala 'polisi double standard' menjadi praktis amalan pemerintah?" tanyanya.


Bagaimanapun, Aizuddin tidak menolak cadangan peruntukan baharu seperti pindaan Seksyen 10 ( pemberitahuan kewujudan penyakit berjangkit di mana- mana premis ), seksyen 15 A (penggunaan teknologi untuk kaedah pengasingan dan kuarantin ) yang dilihat mampu mengawal penyebaran penyakit berjangkit dan perlu diberi ruang untuk dibahaskan secara terperinci.


Namun tegas Aizuddin, perkara utama yang perlu dilakukan kerajaan bukanlah menghukum tetapi mencari jalan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat mamatuhi SOP


"Yang penting adalah bagaimana kesungguhan kerajaan meningkatkan kesedaran dan mendidik rakyat tentang peri pentingnya menjaga SOP dan kesihatan di kala negara berdepan pandemik.


"Saya berpandangan, fokus KKM yang utama adalah untuk meningkatkan sistem dan pengurusan kesihatan negara. Perbincangan lebih tertumpu mengurus pandemik dan usaha untuk penghasilan vaksin sendiri daripada kebergantungan kepada negara luar yang hanya menguntungkan sesetengah pihak.


"Senario sekarang juga memerlukan kesungguhan KKM untuk menilai semula SOP penting dalam pengurusan hospital berdepan pandemik. Banyak lagi yang perlu dilakukan, antaranya naik taraf fasiliti, tambah jumlah doktor, jururawat, staf sokongan serta petugas kesihatan," katanya lagi.



0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page