top of page

Pinda Perlembagaan, tetapkan PRU lima tahun sekali - Shamsul Iskandar



Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda untuk menerapkan sistem pilihan raya yang lebih baik di Malaysia.


Hal itu ditegaskan oleh Ahli Parlimen Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (PH - Hang Tuah Jaya) berikutan 'kegilaan' sesetengah pihak mahu mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) hampir setiap bulan.


"Ada semacam satu kegilaan pilihan raya sekarang ini oleh kalangan parti tertentu dalam kerajaan, yang seolah olah memanfaatkan undang undang yang ada bagi mencetuskan semacam ketidakstabilan. Sebagaimana kita lihat sekarang ini di negeri Johor berlaku pilihan raya dalam keadaan Covid varian Omicron mencecah 30,000 jangkitan sehari


"Kita sedia maklum dalam Perlembagaan selepas tempoh 3 tahun boleh dibuat pilihan raya sehingga 5 tahun. Justeru ada ruang yang digunakan oleh pihak berkepentingan untuk mendesak pilihan raya. Kita masih tidak lupa tahun lepas waktu kes Delta sedang meningkat, ramai masuk hospital, ramai pergi meninggalkan kita (mati) tetapi ada kalangan yang mahu buat Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka.


"Kemukakan SOP tidak masuk akal, seolah olah tidak boleh berkempen walaupun diadakan pilihan raya


"Sebab itu saya minta kerajaan terutama menteri yang berkaitan undang undang Persekutuan ini, saya ingin tanya kepada menteri supaya ditetapkan tarikh pilihan raya itu 5 tahun. Apa pun berlaku 5 tahun penggalnya. Tidak perlu pembubaran lebih awal," katanya dalam sesi perbahasan Titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, kelmarin.


Menurut Shamsul lagi, pilihan raya pada setiap bulan memakan kos yang amat tinggi sedangkan PRN boleh diadakan bersekali dengan Pilihan Raya Umum (PRU) kerana tempoh matang penggal DUN yang tidak jauh.


"Sekarang setiap negeri buat PRN. Kalau dahulu kita hanya ada Sarawak buat PRN. Kemudian kita selaraskan di Sabah. Sekarang Melaka buat PRN, Johor pun berbeza dari PRU. Isunya adalah ongkos, perbelanjaan yang sepatutnya diberikan tumpuan membantu rakyat pasca pandemik Covid diguna untuk melaksanakan pilihan raya


"Oleh itu saya nak desak Menteri di Jabatan Perdana Menteri atau PM sendiri, kita baru ini bincang untuk tetapkan had masa PM 10 tahun. Pinda Perlembagaan.


"Saya cadangkan dipinda Perlembagaan supaya PRU itu tetap 5 tahun sekali. Jangan ada mana mana pihak yang mengambil kesempatan membubarkan dewan lebih awal dan mewujudkan ketidakstabilan," katanya.


Selain itu, Shamsul juga mahu sistem pilihan raya Malaysia mempunyai tarikh yang khusus untuk DUN atau Parlimen.


Hal itu, katanya lebih munasabah dan memudahkan parti parti yang bertanding melakukan persediaan awal.


"Dalam masa sama, saya mendesak PM menyahut cabaran ini supaya dapat memberikan kita satu tarikh yang khusus bila nak dibuat pilihan raya


"Kita lihat beberapa negara lain menggunakan pendekatan ini. PRU 5 tahun sudah ada tarikhnya. Rakyat diberitahu awal. Tidak perlu berteka teki. Parti politik pun tak perlu berteka teki," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page