Pinda Perlembagaan esok: Ahli Parlimen harus cermat, hati hati - Hassan Karim



Sidang khas Parlimen pada 11 April ini bertujuan meminda Perlembagaan Persekutuan perlu dilakukan secara teliti dan hati hati bagi menghindari mudarat kepada kebebasan berpersatuan di masa hadapan.


Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, anggota dewan yang akan bersidang esok seharusnya membahaskan dengan serapi mungkin pindaan tersebut yang tidak mudah untuk diluluskan.


"Secara jujurnya saya menginsafi tidaklah mudah rupanya untuk menangani hal keperlembagaan apabila esok kita akan meminda antara lain Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang selama ini melindungi kebebasan asasi diri, individu dalam sistem demokrasi yang besar kemungkinan terkorban gara-gara penggubalan undang-undang anti-lompat parti, jika kita tidak cermat dan teliti.


"Saya hanya berharap kita semua Ahli Parlimen baik di pihak Kerajaan mahupun di pihak Pembangkang tidak akan melakukan hal yang terburuk terhadap generasi akan datang dengan melakukan kesilapan


"'Jangan marahkan nyamuk, maka kelambu dibakar'," katanya kepada Suara Keadilan.


Perkara 10, Perlembagaan yang akan dipinda esok merupakan punca kuasa kepada Rang Undang undang Anti Lompat Parti yang akan dibentangkan dalam sidang khas Parlimen seterusnya.


Namun, banyak penganalisis politik berpendapat pindaan yang tidak berhati hati akan membolehkan kerajaan menyalahgunakan peruntukan Perlembagaan itu bagi meluluskan undang undang yang menyekat kebebasan Ahli Parlimen dan ADUN.


Mereka memberi amaran agar perbahasan pada Isnin ini perlulah ke arah memperketatkan pindaan kepada konteks anti-lompat parti sahaja.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER