Pinda Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri, lindungi pekerja rentas sempadan
- Suara Keadilan

- May 1
- 1 min read

Skop perlindungan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kepada warga Malaysia yang bekerja di luar negara akan diperluas, khususnya melibatkan pekerja rentas sempadan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif tersebut akan dimulakan dengan menyasarkan warga Malaysia yang berulang-alik bekerja ke Singapura setiap hari.
"Secara purata, satu nyawa rakyat kita hilang setiap minggu atau sekitar 54 kematian setahun direkodkan dalam kalangan pekerja rentas sempadan ini. Kita tidak boleh biarkan perkara ini tanpa pembelaan.
"Justeru, kerajaan akan meminda Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 bagi membolehkan perlindungan diperluaskan kepada rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara, bermula dengan pekerja rentas sempadan Malaysia-Singapura," katanya dalam ucapan pada Majlis Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2026 di Bukit Jalil, pagi tadi.
Untuk rekod, secara purata, satu nyawa rakyat Malaysia hilang setiap minggu atau 54 kematian setahun dalam kalangan pekerja rentas sempadan.
Oleh itu, tiba masanya Kerajaan memperkukuh kerangka undang-undang sedia ada, termasuk meminda Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 bagi membolehkan perlindungan diperluaskan kepada rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara.
Inisiatif ini dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 480,000 pekerja.




Comments