top of page

Pimpinan wanita pusat iktiraf pusat pemberdayaan wanita Cabang Kuantan



Oleh: Abdullah Zaid


Wanita KEADILAN Kuantan menerima kunjungan daripada wakil pimpinan Wanita KEADILAN Pusat bagi melawat Pusat Pemberdayaan Wanita yang diwujudkan cabang itu sejak dua tahun lalu, baru-baru ini.

Sridayu Samsuri dan Loh Ker Chean

Menerusi satu kenyataan, pusat yang dikenali TEJA Station diwujudkan di bawah NGO Wanita Inspirasi Kuantan (WINK) telah beroperasi pada Mac 2022 untuk menjadi platform pemasaran produk-produk usahawan mikro sekitar Kuantan.


Setakat ini, badan pengerak itu telah berkolaborasi dengan pusat kemahiran TVET bagi melibatkan wanita-wanita sekitar kuantan dalam kemahiran dan menjalankan aktiviti ekonomi apabila selesai menjalani kursus.


"Pusat ini telah berjaya melatih wanita termasuk ibu-ibu tunggal untuk meningkatkan pendapatan keluarga masing-masing menerusi pelbagai latihan dan inisiatif kerajaan.


"Latihan diberi antara lain, Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB), Latihan Kemahiran Digital dan Latihan Pengupayaan Pemimpin Wanita selain berhasrat untuk melaksanakan kursus di semua 14 Cabang di negeri Pahang," kata Pengerusi WINK Sridayu Samsuri.


Sementara itu, Setiausaha Wanita KEADILAN Pusat, Loh Ker Chean pula berkata inisiatif Wanita Cabang berkenaan sangat membanggakan dan dilihat antara yang terbaik diusahakan oleh wanita cabang dari seluruh negara dalam menggerakkan organisasi parti.


Tambahnya, usaha itu wajar dicontohi oleh wanita cabang yang lain bagi memastikan kerelevanan sayap wanita di setiap cabang.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page