top of page

Pimpinan Selangor seru pengundi Sg Bakap keluar tunai tanggungjawab

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 6, 2024
  • 1 min read

ree

Oleh: Abdullah Zaid


Tahap pengundian luar biasa rendah hanya 44.59% berdasarkan data Suruhanjaya Pilihan Raya setakat jam 2.00 petang begitu membimbangkan.


Sehubungan itu, Pengarah Jabatan Pilihan Raya KEADILAN Negeri (JPRN) Selangor, Datuk Dr Yaakob Sapari menyeru pengundi terutama penyokong Pakatan Harapan (PH) dan BN keluar mengundi bagi menjalankan tanggungjawab memilih wakil rakyat yang baharu.


Ketika ditemui di Daerah Mengundi (DM) Bandar Tasek Mutiara, beliau berkata pengundi berdaftar perlu mengambil kesempatan dengan keadaan cuaca baik pada petang ini untuk keluar membuat pilihan masing-masing sebelum pusat mengundi ditutup jam 6.00 petang nanti.


"Bagi saya keadaan cuaca baik ini perlu dimanfaat pengundi dengan sebaik mungkin. Mungkin ada yang masih bekerja. Kita tengok petang ini kalau melepasi peratusan yang dijangka sudah memadai," katanya kepada Suara Keadilan.


Jelasnya, dalam strategi mencapai kemenangan, beliau berusaha untuk mengeluarkan seramai mungkin pengundi putih untuk memperoleh undian yang tinggi.


"Jentera kita sentiasa berusaha mengutamakan pengundi putih kita dahulu untuk keluar mengundi kerana peratusan mengundi agak rendah jadi usaha-usaha menggunakan kenderaan sedang giat dibuat," ujarnya lagi.


Pengundi putih merujuk pengundi setia dan perlu dikeluarkan bagi menjamin kemenangan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page