top of page

Pimpinan PH akan bertemu Speaker bincang buka semula sidang Parlimen

Updated: Feb 21, 2021




Penggantungan Parlimen yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia biar pun ketika perintah darurat pada 1940an - 1960an akan dibincangkan dalam pertemuan antara pimpinan Pakatan Harapan (PH) dan Speaker Parlimen Malaysia seawal minggu hadapan.


Hal itu dinyatakan oleh Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam sidang medianya, pagi tadi.


"Saya percaya minggu depan pimpinan PH akan membuat pertemuan dengan Speaker Dewan dan kita harap, kita seru juga (Timbalan Speaker) Datuk Seri Azalina untuk bersama dengan pimpinan tertinggi PH bertemu Speaker dan (membincangkan hal) membenarkan Parlimen bersidang seperti biasa. Apatah lagi dengan ketibaan vaksin Covid 19 (pada hujung Februari ini)," katanya dalam program penyampaian sumbangan 1,000 ekor ayam untuk golongan B40 anjuran Yayasan Afdlin Shauki dan Anwar Ibrahim Club (AIC) di Gombak Setia, Selangor.


Mengenai soalan wartawan berhubung tindakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Azalina Othman Said yang menghantar surat kepada Peguam Negara kelmarin memohon menasihatkan kerajaan membuka semula Parlimen, Shamsul menganggap kerajaan Perikatan Nasional tidak lagi mempunyai alasan untuk terus menggantung Parlimen apabila pihak legislatif telah menunjukkan sikap tidak bersetuju terhadap penggantungan tersebut


"Tindakan Azalina itu kita lihat membuat keputusan 'tidak bersama-sama dengan kerajaan'. bagi saya itu adalah keputusan yang baik, ada keberanian kerana beliau merupakan Timbalan Speaker. Apabila beliau nyatakan tak nampak rasional terus tutup Dewan saya percaya perkara itu perlu diberikan perhatian oleh kerajaan.


"Kita sedar dalam konsep demokrasi ada pemisahan Parlimen (legislatif), mahkamah dan eksekutif. Sekarang legislatif telah bersuara dan sewajarnya pihak eksekutif mengambil sikap yang sama," katanya.


Afdlin (tengah) turut memberi sumbangan ayam kepada golongan B40

Shamsul turut mengulas mengenai pelan vaksinasi Covid 19 kebangsaan yang bermula hujung Februari ini. Menurut beliau, tindakan memasukkan Ahli Parlimen sebagai penerima awal vaksin tentunya akan meningkatkan tekanan agar institusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri kembali dibenarkan bersidang kerana anggota-anggotanya telah kalis virus Covid.


"Kalau ikut (perisytiharan) darurat, Parlimen tidak boleh bersidang, mungkin alasannya Covid. Untuk mengelakan Ahli Parlimen berhadapan dengan virus. Tetapi kalau sudah diberikan vaksin maka tidak jadi alasan tidak membuka sidang Parlimen dan DUN untuk bulan seterusnya.


Presiden AIC, Farhan Fauzi memberi sumbangan

Dalam program berkenaan, Shamsul dan Datuk Afdlin bersama Presiden AIC

Farhan Fauzi memberi sumbangan seekor ayam per individu bagi golongan B40 bandar.


Kata Shamsul, program tersebut dianjurkan di beberapa kawasan Parlimen dalam Wilayah Persekutuan dan akan berakhir di Presint 14, Putrajaya dengan harapan akan meringankan beban golongan memerlukan.


"Kita tahu dalam keadaan Covid 19 masyarakat bandar ini berhadapan dengan masalah yang cukup serius.


"Paling tidak pun kita dapat meringankan beban rakyat. Dan saya harap penyumbang- penyumbang sekiranya berminat boleh berhubung dengan AIC kerana mereka melakukan banyak program kebajikan seperti ini," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page