Kepimpinan muda Wanita KEADILAN bakal meremajakan parti dan membawa aspirasi baharu kepada perjuangan KEADILAN.
Hal itu diungkapkan dalam ucapan terima kasih Ahli Majlis Pimpinan Wanita Pusat KEADILAN, J Karen Kasturi (gambar, tengah) usai Kongres Nasional KEADILAN kali ke 16.
"Setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para perwakilan Kongres Wanita KEADILAN atas kepercayaan dan mandat kepada saya dalam bersama menerajui kepimpinan Wanita membina kesejahteraan rakyat dan membawa aspirasi KEADILAN.
"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada YB Juwairiya Zulkifli yang telah mendorong saya untuk mencalonkan diri bagi pemilihan Ahli Majlis Pimpinan Wanita Pusat bagi penggal 2022-2025 dan mantan senator Siti Aishah yang turut menyokong pencalonan saya," katanya.
Menurut Kasturi lagi, beliau bersyukur kerana anggota Wanita memberi kepercayaan kepada pimpinan muda sepertinya untuk duduk di dalam hierarki pembuat keputusan.
Katanya, beliau akan berusaha untuk memperkuat saf Wanita KEADILAN dalam menelusuri arus perjuangan pada masa hadapan.
"Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Senator Fadhlina Sidek yang bersama kami berkempen dan dengan sokongan padu daripada beliau sepanjang proses kempen ini kami telah meraihkan kemenangan yang membanggakan
"Tidak lupa juga, kepada keluarga saya, rakan-rakan seperjuangan dalam parti yang telah banyak membantu dan menyokong saya dalam pemilihan kali ini," katanya.
Kasturi berharap Wanita KEADILAN akan lebih mantap dan progresif di bawah kepimpinan Fadhlina Sidek serta anggota Majlis Pimpinan Wanita Pusat KEADILAN yang baharu.
Wish you all the best keep your good progress. You are in a right path. Today's youth is very important for change politics this country