top of page

Pimpinan masyarakat India perlu bersatu kemukakan tuntutan masalah akar umbi

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jul 4, 2022
  • 1 min read


Pemimpin, persatuan dan ahli politik kaum India digalakkan bersatu suara dalam mengemukakan cadangan konkrit bagi menuntut lebih banyak pembelaan kepada masyarakat berkenaan.


Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook berkata, banyak bengkel telah diadakan dan pelbagai resolusi telah dihantar kepada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau Menteri namun dengan tumpuan isu berbeza maka tuntutan kaum India tidak kelihatan padu.


"Banyak kali tidak ada koordinasi. Misalnya dalam 3 bulan saya terima jemputan (bengkel, seminar) dari banyak pimpinan dari peringkat negeri, tetapi tidak dikoordnasikan. Kita mahu koordinasi dan bersatu.


"Saya yakin YAB Menteri Besar (MB) menerima banyak cadangan, tetapi mari kita satukan usaha dengan satu suara. Dengan itu kita akan lebih kuat dan dapat perhatian dari Kerajaan Persekutuan, MB dan Menteri," katanya dalam Program Hala Tuju Membentuk naratif Pembangunan Masyarakat India di Wyndham Acmar Klang, Selangor, semalam.


Menyifatkan politik kaum India lebih kuat di bawah Pakatan Harapan, Loke berkata, tiba masanya untuk pemimpin India bersatu dalam hal yang diperjuangkan mereka.


Bagi DAP, kata Loke, lebih banyak calon India perlu diketengahkan dalam pilihan raya bagi membawa masalah kaum berkenaan.


"Hari ini politik India tidak seperti berpuluh tahun lalu. Dulu MIC (dominan) ada kuota tetap 6 - 7 Ahli Parlimen, 1 Menteri tetapi dalam PH kita tidak melakukan formula itu, kita melakukan cara yang sesuai bagi setiap negeri dan sebagainya.


"Misalnya di Negeri Sembilan saya cadangkan 2 ADUN dari DAP jadi Exco Kerajaan Negeri. 2 daripada 5 Exco. Di Selangor banyak, sama ada Exco, ADUN atau ahli majlis PBT. Tetapi bagaimana kamu pastikan tuntutan akan menjadi agenda komuniti India?


"Kita juga perlu letakkan lebih banyak calon India yang lebih faham masalah kaum India peringkat akar umbi," katanya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page