Pimpinan KEADILAN ucap selamat menyambut Ramadan



Para pemimpin KEADILAN mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan dan selamat beribadah kepada umat Islam di Malaysia.


Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin mengharapkan ibadah Ramadan kali ini akan beroleh barokah dari Allah SWT.


"Selamat menyambut Ramadan Kareem, semoga segala ibadah serta amalan di sepanjang bulan yang barokah ini diterima dan segala urusan kita dipermudahkan Allah SWT," katanya.


Pengarah Komunikasi KEADILAN Malaysia, Fahmi Fadzil pula mengharapkan agar amal ibadah pada bulan ini diberi ganjaran berganda.


"Marhaban ya Ramadan. Salam Ramadan diucapkan kepada seluruh umat Islam di mana sahaja anda berada. Semoga segala amalan dan ibadah kita diberi ganjaran yang berlipat kali ganda, InshaAllah," katanya.


Sementara itu, Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berharap semoga umat Islam akan lebih berbahagian pada Ramadan kali ini berbanding tahun sebelumnya.


"Dengan izinNya, Alhamdulillah syukur kita dipertemukan lagi dalam bulan yang penuh rahmat, berkat dan keampunan.


"Semoga kita semua dapat beramal di bulan Ramadan ini serta memperoleh Ramzanul Mubarak yang bahagia. Marhaban Ya Ramadan," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER