top of page

Pimpinan KEADILAN Simpang Renggam santuni kaum Tionghua

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Feb 4, 2022
  • 1 min read

ree

Sempena Tahun Baharu Cina baru baru ini pimpinan KEADILAN Simpang Renggam, terdiri Penyelaras DUN Layang Layang, Faizul Abd Ghani dan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik menyantuni kaum Tionghua di beberapa kawasan perumahan.


Menurut Sukri Zakaria yang juga merupakan aktivis masyarakat, pimpinan KEADILAN melawat rumah ke rumah itu mengagih agihkan tanda mata berupa buah limau lokam dan sedikit kuih bahulu serta kerepek.


"Tidak lupa ole-ole untuk kanak-kanak dengan pemberian sampul angpau.


"Aktiviti ini turut disertai oleh Wong Yun Chin selaku Ketua Cabang dan aktivis masyarakat 'Old Town' Renggam Puan Mei Lan.


"Semoga tahun baru kali ini lebih makmur dari segi ekonomi dan kesihatan," kata beliau.



ree
Faizul Abd Ghani mengagihkan kerepek kepada kaun Tionghua yang menyambut Tahun Baharu Cina

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page