top of page

Pilpres Indonesia 2024: Mungkinkah Probowo Menang Mudah?



Oleh: Dr Mohd Fauzi Fadzil


ULASAN: Keyakinan Prabowo Subianto untuk memenangi Pemilihan Presiden Indonesia dalam satu pusingan sahaja pada 14 Februari ini adalah sangat tinggi memandangkan majoriti kajian yang dilakukan menunjukkan kelebihan memihak kepada beliau. Tokoh penuh pengalaman itu pernah gagal sebanyak 4 kali setelah menawarkan diri sebagai Calon Presiden semenjak Pemilihan tahun 2004, 2009, 2014 dan 2019.


Prabowo kembali mencalonkan diri untuk Pemilihan tahun 2024 dengan imej yang lebih santai berbanding sebelum ini. Jika sebelum ini beliau dilihat sebagai calon Presiden yang berlatar belakangkan militer-tegas, namun kini beliau dilihat dalam kalangan pengundi dengan imej datuk penyayang yang 'gemoy'.


Dukung polisi Jokowi


Prabowo telah mengisytiharkan bahawa beliau cenderung untuk mendukung polisi-polisi yang dimulakan oleh bakal mantan Presiden Indonesia iaitu Joko Widodo dan Kabinet Indonesia Maju. Prabowo juga berada di tempat yang selesa apabila mendapat 'restu' daripada Joko Widodo untuk bertanding dalam Pemilihan Presiden Indonesia 2024, malah anak Joko Widodo iaitu Gibran Rakabuming Raka telah menjadi gandingan Prabowo untuk pemilihan kali ini.


Pemerhati dari seluruh dunia terutama Malaysia menunggu dengan penuh debar hasil Pemilihan Presiden Indonesia 2024. Sudah tentu kecenderungan kebanyakan pemerhati adalah untuk melihat Prabowo menempatkan diri sebagai Presiden Republik Indonesia. Malaysia akan menikmati hasil daripada penerusan polisi Joko Widodo oleh Prabowo seperti pembangunan Ibu Kota Nusantara (IKN).


Malaysia raih keuntungan


Projek tersebut dibangunkan di kawasan di Kalimantan Timur. Pembangunan tersebut bakal menyaksikan aktiviti perdagangan dan sosial yang banyak tertumpu di pulau Jawa bakal beralih ke Kepulauan Borneo, limpahan tersebut akan dirasai oleh Wilayah Sabah dan Sarawak sekaligus Malaysia.

Dr Mohd Fauzi Fadzil

Prabowo juga dilihat mendiamkan diri berkenaan usaha meluluskan Rang Undang-Undang Perlindungan Pekerja Rumah Tangga (RUU PPRT) yang sudah tertangguh hampir 20 tahun (semenjak 2004). RUU PPRT dilihat bakal memberi beberapa masalah berkenaan kos kepada para majikan di Malaysia, jika RUU berkenaan diluluskan maka isu gaji, waktu bekerja dan waktu rehat pembantu rumah yang datang dari Indonesia akan meningkat.


Justeru pendirian Prabowo untuk berdiam dan menangguhkan buat sementara RUU PPRT bukan sahaja memberi kelebihan kepada Malaysia, malah pasaran buruh (pembantu rumah) dari Indonesia juga tidak akan terjejas dan berterusan seperti biasa pasca-Covid 19.


Prabowo juga dilihat mampu menjadi Presiden Indonesia yang matang jika dibanding dengan calon-calon yang lain dari segi umur dan pengalaman. Malaysia sehingga kini masih mempunyai pertikaian dengan Indonesia berkenaan isu sempadan melibatkan beberapa kawasan termasuk Pulau Sebatik yang berada dalam Wilayah Sabah. Pertikaian ini tidak mungkin dapat diselesaikan jika ia diserahkan kepada pemimpinan muda yang masih ‘berdarah panas’.


Gandingan PMX-Prabowo dilihat sangat ideal untuk duduk di meja rundingan bagi menyelesaikan masalah tersebut. Kedua-dua pemimpin mempunyai sejarah perjuangan politik yang panjang, kekentalan menyaksikan kedua-dua pemimpin tersebut berjaya kekal releven sehingga kini. Pengalaman yang telah mereka lalui bakal menjadikan perundingan sempadan Malaysia-Indonesia berada dalam keadaan terawal dan matang.

_________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Selangor

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page