Pilihlah yang berintegriti, beramanah sebagai wakil rakyat - Wan Azizah

Updated: Sep 18


Pengerusi Majlis Penasihat KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru rakyat Sabah supaya mengundi Warisan Plus dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September ini.


Beliau percaya pengundi di Negeri di Bawah Bayu itu mampu membezakan gabungan parti mana yang lebih baik untuk menerajui negeri tersebut.


"Orang Sabah tahu nak undi siapa, tahu bezakan baik dan buruk, mana intan dan permata, mana yang kaca mana yang berharga.


"Ini juga peluang untuk orang Sabah singkirkan mereka yang tidak diperlukan dan tidak diingini di negeri ini," katanya dalam majlis bersama calon-calon Warisan Plus yang bertanding di Kota Kinabalu.


Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, rakyat Sabah perlu tunjukkan bahawa mereka hanya akan memilih calon yang memegang prinsip integriti, bukannya mereka yang mengkhianati parti dan rakyat.


"Pilihlah yang mana bagus. 26 September ini buktikan kepada mereka, tunjukkan kepada mereka bahawa soal integriti, keadilan, nilai seorang manusia dan amanah itu lebih penting dari kebendaan di dunia ini.


"Nilai yang dipegang, integriti dan maruah jangan lupa, pilihlah intan, bukan yang kaca. Hanya kilauan tapi tidak bermakna," katanya.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikut Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
  • radio