top of page

Pilihanraya PBT: Lihat isu kecekapan, bukan politik perkauman



Isu Pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dimainkan pembangkang kononnya akan menyebabkan beberapa PBT di Maaysia akan jatuh ke tangan 'orang Cina' perlu diteliti dari perspektif yang lebih wajar.


Bagi Ketua Penerangan KEADILAN Kemaman, Ahmad Nadhir Yop, isu pilihanraya PBT itu lebih baik dilihat daripada sudut peningkatan kecekapan sekiranya Ahli Majlis dilantik melalui pemilihan berbanding proses lantikan politik seperti sekarang.


"Saya lihat kita kena tolak permainan kaum mengenai pilihanraya PBT ini. Saya lihat sentimen perkauman menebal sangat, kita tak nampak objektif dan penambahbaikan yang perlu ada dalam PBT


"Sebab berpuluh tahun PBT selalu dibebani benda fundamental yang tak selesai.

"Bagi saya isu PBT kena objektif dan secara intelektual atau ilmuah dibincangkan. Tak boleh ada sentimen perkauman," katanya.


Menurut beliau lagi, Menteri Wilayah Persekutuan yang baharu Dr Zaliha Mustafa telah pun berjanji untuk meneliti isu berkenaan maka tidak seharusnya pihak Pas terus memainkan isu Cina dan Melayu dalam hal pilihanraya PBT.


Katanya, lebih baik diberi peluang kepada Dr Zaliha bertemu Perdana Menteri atau membincangkannya pada forum yang sesuai berbanding menaikkan sentimen kemarahan kaum Melayu


"Bila Dr Zaliha kata dia akan berbincang dan perhalusi saya nampak itu perkara yang bagus sebab perkara ini perlu dibincang kerana banyak pihak yang terlibat.

"Semua pihak perlu bertenang, beri peluang kepada Dr Zaliha untuk adakan kajian lebih menyeluruh. Bagi saya rakyat perlu ambil pendekatan bertenang. Jangan terus main sentimen kerana ia akan merugikan," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page