top of page

Pilihanraya PBT libat banyak isu, perlu dibincang mendalam

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 19, 2023
  • 1 min read


Oleh: Helmi Mohd Foad


Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa berkata pihaknya tidak menolak kepentingan diadakan pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) namun perkara itu melibatkan banyak isu dan pelbagai pendapat.


Bagi tujuan tersebut, beliau berkata pihaknya akan bertemu dengan Menteri Pembangunan Dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming bagi membincangkan perkara itu.


"Kita tekankan bahawa kena lihat juga perkara penting yang perlu dilaksanakan Kuala Lumpur, kita tidak tolak kepentingan yang diutarakan sebahagian warga tentang pilihanraya PBT.


"Kalau kita tengok ia di bawah KPKT dan saya tidak menolak kepentingannya, apa pun kita bincang dengan menteri (KPKT) bagaimana perlu dilihat dan tinjau dengan teliti," katanya.


Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan kerja pertama ke Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini.


Saranan untuk menghidupkan semula pilihan raya PBT mendapat perhatian semula apabila DAP Wilayah Persekutuan menggesa kerajaan melaksanakan proses itu dahulu di Kuala Lumpur.


Cadangan oleh Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan, Tan Kok Wai yang juga Ahli Parlimen Cheras dikemukakan pada Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan baru-baru ini.


Kok Wai mendakwa, proses pilihan raya kerajaan tempatan adalah usaha bagi memperkukuh demokrasi di Wilayah Persekutuan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page