top of page

'Pilih Sock Tao cermin kesungguhan DAP ketengah bakat muda'



Pemilihan Pang Sock Tao atau Xiao Tao sebagai calon di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Baharu mewakili Pakatan Harapan-Kerajaan Perpaduan mencerminkan kesungguhan DAP dalam mengetengahkan bakat muda.


Penolong Setiausaha Agung DAP, Liew Ching Tong berkata perkara itu merupakan budaya berterusan DAP melalui perancangan jangka panjang dalam usaha melahirkan barisan pelapis parti sepanjang enam dekad lalu.


"Salah satu sebab utama tokoh DAP Lim Kit Siang dihormati adalah kerana keterbukaan beliau dalam mengenal pasti dan memupuk bakat muda. Malah, sewaktu zaman merosot DAP, Kit Siang tidak pernah goyang dalam perjuangannya.


"Melalui idealisme dan kegigihan beliau, banyak pemimpin muda muncul setiap dekad dan ramai yang berjaya dalam kerjaya politik mereka," katanya dalam hantaran di Facebook.


Ching Tong yang juga Pengerusi DAP Johor berkata, generasi pertama DAP diketuai Kit Siang sendiri manakala generasi kedua dipimpin oleh Lim Guan Eng manakala generasi ketiga diterajui Anthony Loke selaku Setiausaha Agung DAP bersama para pemimpin parti dalam usia sekitar 50 tahun dengan pengalaman sedekad dua dalam perjuangan barisan hadapan.


"Kini muncul generasi keempat daripada barisan kepimpinan yang lahir daripada kalangan calon yang dipilih dalam pilihan raya umum 2018 dan 2022.


"Tugas memimpin merupakan tanggungjawab besar dan menyedari hakikat ini, DAP membuka peluang kepada anak muda untuk melatih serta mengembangkan bakat dan kepimpinan mereka," katanya yang juga Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.


Ching Tong berkata, pemilihan Pang Sock Tao sebagai calon di PKR Kuala Kubu Baharu mencerminkan komitmen Anthony Loke untuk meneruskan tradisi DAP yang sentiasa memberi ruang kepada pemimpin muda.


"DAP yang baru sahaja menyambut ulang tahun ke-58 pada Mac lalu tetap mengutamakan wawasan dan prinsip parti dan menolak jalan singkat untuk semata-mata keuntungan jangka pendek.


"Melalui kepimpinan Anthony, DAP terus beriltizam untuk membina barisan pejuang muda serta mewujudkan kepimpinan politik yang stabil sebagai asas mengukuhkan perpaduan rakyat Malaysia bagi tahun mendatang," ujarnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page