top of page

Pilih pemimpin berdasarkan 'track record', bertanding atas semangat setiakawan



Anggota KEADILAN diseru agar memilih pemimpin berasaskan rekod perkhidmatan atau track record di dalam parti.


Saranan itu diucapkan oleh calon Naib Presiden KEADILAN nombor 8, Datuk Seri Amiruidn Shari dalam majlis Pelancaran gagasan Kita Semua KEADILAN, semalam.


Menurut Amirudin, pemilihan berdasarkan rekod perkhidmatan penting agar ahli tidak cepat melatah dan menyuruh seseorang pemimpin meletak jawatan sekiranya kalah dalam pilihan raya kecil atau negeri sedangkan tiada calon yang sesuai untuk menggantikan mereka.


"Kita harus tenang, munasabah dan bertanggungjawab berasaskan maklumat, well informed, serta berilmu ketika memilih.


"Justeru, kita perlu melakukan suatu pertimbangan yang adil dan saksama terhadap pimpinan parti terutamanya terhadap Datuk Seri Presiden serta Setiausaha Agung Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Janganlah kalah sikit desak letak jawatan.


"Kita bertanding berasaskan semangat ukhuwwah dan setiakawan. Kita memilih melihat ‘track record’. Mereka yang tahan uji, cekal, berhikmah, tenang, semangat berpasukan serta tuntas melaksanakan amanah mentadbir.


"Sudah lebih dua tahun Langkah Khianat Sheraton berlaku. Ramai juga dalam dewan ini dicemuh sebagai pengkhianat. Namun kita sabar dan istiqamah melaksanakan amanah. Kita memahami sahabat-sahabat yang marah.


"Tetapi kita tuntas menzahirkan kesetiaan kepada anggota KEADILAN dengan kerja keras. Kita di Selangor, saya bersama sahabat-sahabat pimpinan Selangor dan akar umbi membanting tulang menyelamatkan nyawa, menjaga keperluan asas dan membina semula kehidupan rakyat," katanya.


Menurut Amirudin, beliau dan rakan rakan KEADILAN lain telah berusaha sehabis daya menghadapi malapetaka selepas pandemik Covid kepada banjir besar luar dengan satu tujuan, mempertahankan pentadbrian kerajaan KEADILAN dan PH agar terbaik di mata rakyat.


Katanya, dengan semangat itu Kerajaan Negeri telah berjaya mengharungi pandemik dengan usaha membeli sendiri vaksin Covid 19 dan juga mengadakan pelbagai inisiatif ekonomi membantu rakyat yang terbeban untuk bangkit semula selepas banjir besar.


Menurut Amirudin, perancangan pembangunan tidak terhenti di situ kerana Kerajaan Negeri selepas ini akan membentangkan strategi pembangunan ekonomi masa hadapan yang belum pernah dibuat oleh pemerintahan BN, iaitu rancangan 5 tahun Selangor 1.


"Kita memerlukan suatu perancangan sosio-ekonomi yang berasaskan kerajaan yang penyayang atau compassionate, keberkesanan dan kewibawaan. Demi memenuhi maksud cita-cita tersebut kita sedang merangka pelan komprehensif Rancangan Selangor 1 yang merupakan rancangan lima tahun untuk rakyat Selangor.


"Rancangan Selangor merupakan manifestasi langkah proaktif Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin KEADILAN serta Pakatan Harapan.


"InshaAllah Rancangan Selangor 1 ini akan dibentang di Dewan Negeri Selangor pada sidang Julai ini.


"Sementara itu, pelbagai program berteraskan kebajikan rakyat dan pengagihan saksama terus giat dilaksanakan. Program-program ini dinamakan Iltizam Selangor Penyayang (ISP) yang merangkumi usahausaha Kerajaan Negeri untuk membantu golongan yang memerlukan agar tiada siapa yang tertinggal," katanya.


Bagi strategi politik pula, Amirudin selesa kerjasama bersama PH. Katanya, biar pun KEADILAN kuat di Selangor namun dengan bersendirian parti tetap tidak boleh membentuk Kerajaan Negeri.


"Bukan saya tidak yakin dengan kekuatan anggota dan jentera Cabang tetapi kita harus realistik dan berpijak di bumi nyata. Pada PRU 14, KEADILAN memenangi 21 kerusi DUN di Selangor, jumlah kerusi terbesar yang pernah dimenangi KEADILAN. Itupun kita masih belum boleh membentuk kerajaan apatah lagi mentadbir dengan stabil seperti yang kita nikmati sekarang.


"Seharusnya kita bekerjasama dalam pasukan dan ‘team player’ bersama rakan parti komponen DAP Selangor dan AMANAH Selangor bagi merangka strategi memastikan kemenangan pada PRU 15 nanti.


"Saya yakin dengan kerja keras, dasar dan polisi kita serta kejujuran pada rakyat, InsyaAllah kita akan mengekalkan kemenangan.


"Oleh itu, saya di sini umumkan kita akan tubuhkan Jawatankuasa Manifesto Pakatan Harapan Selangor yang akan dianggotai wakil dari KEADILAN, DAP dan AMANAH Selangor untuk sama-sama merangka manifesto terbaik untuk rakyat," katanya.


MB Selangor itu yakin kestabilan yang jitu hanya boleh dicapai melalui komitmen dan kerja jangka masa panjang dengan slogan politik bermaruah. Hanya kaedah itu, katanya akan mampu Capture the Moral Vision of Malaysia, (menawan visi moral) rakyat menyokong PH.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page